Selamat Hari Raya Eidul Fitri

890

http://buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2010/09/bppntraya1.jpg

Ziarah & Rumah terbuka Mengeratkan SilaturRahim
KUALA TERENGGANU
– Seluruh Kepimpinan PAS Pelbagai peingkat mengucapkan Selamat Hari Raya Eidul Fitri kepada seluruh ahli, penyokong dan rakyat negeri Terengganu. SEmoga tarbiah Ramadhan benar-benar menyerlahkan kemenangan di Eidul Fitri.

Sempena Eidul Fitri yang akan disambut, Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan mengadakan rumah terbuka di pekarangan Masjid Rhusila pada 1 Syawal, Jumaat 10 September.

Menurut Pembantu Khasnya, Haji Zaihan Daud, Tuan Guru akan mula menerima tetamu sebaik sahaja selesai menunaikan solat sunat Eidul Fitri.

“Majlis tersebut akan berlangsung sehingga waktu Zohor, sebelum menunaikan solat Jumaat,”katanya ketika dihubungi.

Beberapa pimpinan PAS Terengganu turut mengadakan rumah terbuka pada 1 Syawal.

Antaranya Pesuruhjaya PAS Dato’ Ustaz Harun Taib dan Timbalan Pesuruhjaya 1, Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik.

Seluruh rakyat Terengganu juga dijemput untuk menghadiri dan memeriahkan rumah terbuka wakil-wakil rakyat PAS.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal, Dr. Alias Razak akan mengadakan rumah terbukannya pada 1 Syawal, di kediamannnya, manakala pihak Majlis Tindakan DUN (MTD) Bukit Tunggal akan mengadakan majlis pada 3 Syawal.

ADUN Ladang, Dato’ Tengku Hassan Omar akan mengadakan majlis rumah terbuka pada 2 Syawal, Sabtu 11 September di kediamannya, bermula jam 10 pagi hingga jam 3 petang.

ADUN Sura, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramly pula turut menjemput sekelian warga DUN Sura ke rumahnya pada 2 Syawal.

ADUN Bukit Payung akan mengadakan Majlis Rumah Trbuka serentak dengan majlis peringkat MTD pada Sabtu, 16 Syawal bersamaan 25 September.

Majlis meraikan kepulangan Perantau sempena Eidul Fitri akan diadakan di peringkat negeri pada Ahad 3 Syawal, 12 September, 2010 dari jam 9 pagi hingga 12.30 tengahari, di Markaz Tarbiyah PAS Kuala Terengganu, Kuala Ibai.

Pada tarikh yang sama, Yang DiPertua PAS Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Abdullah, menjemput seluruh warga Besut memeriahkan Majlis Rumah Terbuka PAS kawasan Besut di Pejabat PAS Besut.