Oleh : Badar
Selamat hari polis semoga istiqamah menjaga ketenteraman negara. Itulah ucapan dari Pengarah Majls Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Pengkalan Berangan Ustaz Sulaiman Sulong kepada anggota polis dalam kunjungan hormat ke balai polis sekitar Pengkalan Berangan sempena sambutan hari polis tahun ini.
Kunjungan yang disertai sama oleh kepimpinan MTD bermula dari Balai Polis Wakaf Tapai, Pengkalan Berangan seterusnya bergerak ke Merchang.


Rombongan disambut baik oleh ketua Balai Wakaf Tapai Tuan SM Abdul Aziz bin Mohd Latif dan SM Mohamed Kamel dari Balai Polis Merchang mengucapkan terima kasih dan penghargaan atas kunjungan dan ingatan dalam meraikan sambutan Hari Polis.
Pertemuan santai penuh mesra itu diraikan bersama oleh anggota polis yang berkhidmat disemua balai yang dikunjungi


Terima kasih dan semoga sentiasa istiqamah dalam menjaga keselamatan dan keamanan negara, dan mengharapkan kerjasama yang berterusan dengan masyarakat dalam kebersamaan bagi memelihara keharmonian tanahair tercinta, ujar beliau.




























