Sekilas Pelancaran Markas Besar N20

1979

Oleh : Badar

Majlis Pelancaran Markas Besar N20 PAS Pengkalan Berangan bagi PRU 14 telah sempurna dilakukan oleh YB Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang bertempat di perkarangan Markas Upu Pengkalan Berangan pada Rabu 3 Januari 2018 jam 9.30 malam.

Majlis dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Pengarah MTD Ustaz Sulaiman Sulong yang mengharapkan agar semua anggota dan penggerak parti untuk memusatkan tenaga dan upaya bagi mencapai kemenangan dalam PRU 14 yang bakal berlangsung dalam masa yang hampir.

Beliau juga menyeru dan mengajak kepada penyokong Barisan Nasional untuk bersikap telus dan tulus bagi membantu PAS memartabatkan Islam disamping membantu untuk menyelamatkan negara dan negeri yang sedang menghadapi krisis dan penyelewangan serta kegawatan yang sangat ketara.

Gimik perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato Seri Tuan Guru dengan motto Ubah N20 Pengkalan Sejahtera.

Tuan Guru yang sebelum itu menyampaikan ucapan dengan mengharapkan agar PAS DUN Pengkalan Berangan mampu menang dan seterusnya memberi kemenangan kepada PAS Negeri Terengganu dalam membentuk dan membina kerajaan baru yang lebih dinamik dan Islamik

Majlis diserikan dengan ucapan dua orang tokoh kepimpinan PAS iaitu Yang DiPertua PAS Marang Tuan Haji Yahaya Ali dan Timbalan Pesuruhjaya II, YB Dr Haji Alias Razak.

Lebih RM30,000 telah diterima oleh Tuan Guru dari penyumbang bagi mengisi tabung dana PRU14 PAS Pengkalan Berangan

Kehadiran penyokong dan pendokong PAS dari seluruh DUN mengambarkan komitmen mereka bagi meruntuhkan kebobrokan politik yang sangat menjelekkan dan memastikan setiap warga masyarakat terbela dengan keadilan Islam dan generasi akan datang akan terbela.