Seiring Jayakan Agenda Indahnya Hidup Bersyariat

62

KUALA TERENGGANU – Muslimat PAS Negeri Terengganu terus seiring menjayakan agenda kerajaan Negeri Terengganu, Indahnya Hidup Bersyariat agar setiap rakyat khususnya wanita turut bersama merealisasikannya di dalam kehidupan mereka.

Naib Ketuanya, Zuraida Md Noor berkata atas keprihatinan itulah pihaknya mengadakan kunjung hormat ke pejabat Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah, Dr Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi.

“Kami mendengar taklimat berkaitan dengan portfolio Penerangan, Dakwah Dan Pemerkasaan Syariah Negeri Terengganu.

” Pertemuan tersebut juga melibatkan perbincangan dua hala dan ruang kerjasama yang boleh dimanfaatkan.” jelasnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Ladang itu juga yang mengetuai rombongan berkenaan berkata demikian ketika dihubungi di sini, mengulas kunjungan bersama Lajnah Penerangan dan Hubungan Media Baru pada Rabu, 13 Mac.

Sementara itu menerusi hantaran ‘Facebook’ Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi, beliau mengalu-alukan dan berterima kasih diatas kunjungan tersebut.

“Semoga usaha dakwah di negeri Terengganu terus berjalan dengan lancar,” katanya.