Segerakan Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Ibai

299

KUALA TERENGGANU – Kerajaan Negeri Terengganu dan Persekutuan Malaysia diharap dapat mencapai kata sepakat serta melaksanakan segera Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Ibai.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Datuk Haji Ahmad Amzad Hashim berkata, projek tersebut disangka dapat menyelesaikan masalah banjir dalam Bandar Raya Kuala Terengganu.

“Keadaan banjir yang melanda beberapa kawasan di sekitar Kuala Terengganu terus menjadi perhatian dan keutamaan, khususnya dalam usaha memastikan keselamatan serta kesejahteraan penduduk terjejas.

“Diharapkan kerajaan dapat mempertimbangkan perkara ini dengan serius, memandangkan keperluannya yang mendesak.”ujar Ahli Parlimen Kuala Terengganu itu, ketika melawat Taman Alamanda, kawasan yang sering dinaiki air, semalam.

Menurutnya, perbincangan lanjut bersama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah diadakan dan beliau menggesa agar pelaksanaan RTB) Sungai Ibai diberii keutamaan.

“Kita harap dapat direalisasikan demi mengurangkan risiko banjir berulang serta menjamin keselamatan penduduk setempat.” tambahnya.

Menurut beliau, dua hari lalu, perkara tersebut telah dibangkitkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah Kuala Terengganu.

“Alhamdulillah, projek disenaraikan sebagai antara keutamaan yang perlu diselesaikan.” jelas beliau.