KUALA TERENGGANU – Pembentangan Bajet Terengganu 2019 telah menarik minta ramai golongan wanita, khususnya cadangan kerajaan untuk membangunkan kemudahan asas untuk golongan tersebut.
Pengarah Ameerah Negeri Terengganu, Zuraida Md Noor berharap kerajaan dapat menyegerakan pembinaan tersebut.
“semua elemen dalam Bajet 2019 dapat dinikmati oleh wanita secara tidak langsung, namu saya ingin menarik perhatian Dewan Yang Mulia ini,
“tentang penaiktarafan dewan dan pusat rekreasi khas mesra muslimat atau wanita, telah mendapat reaksi yang sangat positif, (jadi) saya memohon agar ia disegerakan,” ujarnya.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita berkata demikian ketika membahaskan Titah Ucapan Diraja, Penggal Kedua, Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu Ke-14 di sini semalam.
Sehubungan itu, Zuraida turut mencadangkan agar beberapa ruang peluang pekerjaan dibuka kepada wanita, termasuk jawatan sebagai pemandu.
Katanya, ia bagi menjamin keselesaan agar lebih memelihara keadaan dan meraikan fikrah wanita,sebagai pekerja, ibu dan juga muslimah.
“Kadangkala pegawai wanita terpaksa melakukan perjalanan jauh demi tugasan seperti mesyuarat , program rasmi dan sebagainya .
“Jadi seorang ibu bekerjaya mungkin terpaksa menyediakan stok susu perahan buat bayi mereka ataupun terlena kepenatan dalam kenderaan . ini agak kurang selesa jika pemandu adalah daripada kaum lelaki,” jelasnya.










