Segerakan Bayaran Premium Tanah

884

Oleh : Amiirullah Mansor

DUNGUN – Peserta penerima borang 5A bagi tanah terkilan Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) perlu menjelaskan dengan kadar segera bayaran premium tanah .

Timbalan Pesuruhjaya 2, Badan Perhubungan PAS Terengganu, Satiful Bahari Mamat berkata, walaupun diberi tempoh selama tiga bulan untuk menjelaskannya, namun masa itu adalah amat singkat bagi yang kurang berkemampuan.

“Dapat tanah ni, selesai terus secepat yang mungkin, cubalah pinjam dengan anak – anak atau saudara mara yang terdekat dan jangan curi sudah,” katanya sambil berseleroh.

Jelasnya lagi, jika peserta gagal melangsaikanya dalam masa tiga bulan itu, tanah tersebeut terpaksa melalui proses mesyuarat lagi kali kedua untuk dapat kelulusan.

“Kita terpaksa angkat balik dan bermesyuarat di peringkat Exco negeri dan melalui proses yang banyak.”

Sudah prosedur kelulusan tanah macam itu. Sebab itu kita suruh selesaikan juga dengan segera,” jelasnya.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Dungun itu berkata demikian ketika berucap di Majlis Penyerahan Borang 5A RTB Paya Rengit Tanah Terkilan di Balairaya Kampung Tebing Tembah, Paka di sini pada 7 Februari.

Sehubungan dengan itu, pada peringkat awal, seramai 40 orang daripada 82 jumlah keseluruhan peserta yang menerima borang 5A.

“Hari ini kita selesai sebahagian dahulu iaitu seramai 40 orang dan yang masih berbaki kita sedang dalam proses.”

“Diharap baki para penerima borang 5A hari ini dapat bersabar kerana semua akan menerimanya nanti,” ujarnya.