Saya Berkewajipan Untuk Terus Istiqamah

1717

Tidak terpilihnya saya dalam senarai calon naib-naib Presiden adalah tidak menjejaskan semangat juang saya bersama Islam. PAS akan terus maju ke hadapan dengan team kepimpinan yang lebih mantap dan saya akan terus bersama mendukung kepimpinan mereka untuk memacu perjuangan Islam meskipun hanya sebagai ahli biasa.

PAS kaya dengan generasi pelapis dan mereka yang layak untuk memimpin dan menjadi pejuang tanpa mengira dimana posisi mereka. Berapa pun jumlah yang meninggalkan PAS seketika dulu, tidak menjadikan PAS lemah malah makin utuh, tenang dan mantap.

Insyaallah, telah saya tegas dalam ucapan penangguhan saya sebelum pengumuman Lembaga Pemilihan Parti PAS Pusat, bahawa mudah-mudahan saya lah yang tidak terpilih memikul beban tanggungjawab yang berat ini dan saya akan terus memberi komitmen yang tinggi kepada perjuangan Islam yang digerakkan oleh PAS serta saya sekali-kali tidak akan mengikut jejak langkah G18 yang lari meninggalkan PAS selepas tewas.

Sejahtera Bersama Islam

Nasrudin bin Hassan
Alumni AJK PAS Pusat