Sampah dan Kebersihan ; Masalah Yang Berulang Setiap Syawal Menjelang

923

KUALA TERENGGANU – Kekesalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam Haji Mohd Abdul Wahid Endut berkait masalah sampah dan kebersihan turut dikongsi oleh Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Razif Abdul Rahman.

Pada majlis rumah terbukanya pada Selasa 29 Julai, Haji Wahid berkata perkara yang sama berulang pada setiap kali menjelang Syawal.

“Saya rasa majlis bandaraya (tak ambil pelajaran), setiap kali menjelang Syawal, memang setiap tahun berulang, benda yang sama. Masalah sampah tak boleh selesai.

Snapshot 1 (2-8-2014 1-11 PM)“Tidak dapat dinafikan pasal musim perayaan, orang buat macam-macam, kenduri-kendara, dan macammacam majlis dibuat dan sebagainya. Oleh kerana ramai kaum keluarga yang balik kampong, semua, jadi apabila selesai majlis, macam saya. Dah siap majlis, cuba tengok plastik-plastik hitam tu, nak pergi buang dekat tong sampah besar tu.

“Tetapi dibiarkan begitu sampai berulat. Mungkin barangkali, ramai kakitangan majlis yang bercuti. Tetapi walau macam manapun, tidak boleh dibiarkan begitu.”ujarnya.

Sehubungan itu, Ahmad Razif yang bercakap kepada media ketika menghadiri rumah terbuka Ahli Parlimen Kuala Nerus meluahkan ‘rasa tidak’ puas hati tentang perkara yang sama.

Katanya, beliau pernah mengutarakan masalah tersebut kepada Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika melawatnya di Kuala Lumpur tidak berapa lama dulu.

“Perkara ini telah saya maklumkan kepada Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang semasa saya melawat beliau di Kuala Lumpur. Dan dia telah memberi saya beberapa nasihat ataupun pandangan tentang hari ni kita rasa malu kerana kita lihat orang bukan Islam lebih mementingkan kebersihan daripada orang Islam.

“Jadi kita memberi fokus ke atas bersih walaupun saya memang amat tidak puas hati lah tentang kebersihan dalam suasana hari raya ni. Walaupun sudah berulang kali saya sebut kepada PBT tentang penekanan tentang bersih sebelum ini.

Snapshot 2 (2-8-2014 1-12 PM) (2) (303x193)“Dan saya sendiri telah turun padang, malam tu saya pergi keliling dan malam tu saya memang dah beritahu kepada wartawan dan beritahulah saya tak puas hati tentang kebersihan,”jelasnya.

Justeru, Haji Wahid ketika mengulas lanjut turut menyatakan kekesalan kerana pihak kerajaan khususnya Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) tidak pernah memanggil wakil-wakil rakyat untuk berbincang dalam soal yang berkaitan.

“Dia (kerajaan) tak pernah jemput (samada) Majlis Tindakan Daerah ke, oleh Pejabat Daerah ke, MBKT ke, dia tak pernah jemput (kita) untuk bincang masalah.

“Tak tahulah mesyuarat tu dia panggil pegawai pembangunan daerah ke, Pegawai Pembanguna Dun ke (yang dilantik oleh Umno). Tetapi semua tu, setakat pegawai saja, dia tak mewakili rakyat.

“Rakyat bersungut . jadi saya berharap pimpinan baru ni, dia peka sikit lah dengan masalah rakyat. Menteri besar baru ni biar lah peka sikit. Kalau tidak insya Allah, kawan-kawan kena peringatkan lah saya biar saya sebut dalam Dewan (siding Dewan Undangan Negeri) pasal ni.

Haji Wahid yang juga mantan Pesuruhjaya PAS Terengganu menegaskan perkara dan masalah yang melibatkan rakyat dan menjadi sungutan rakyat, perlu diutamakan oleh keranaan.

“kita harus memberikan khidmat yang terbaik. Soal kebersihan, soal keselamatan awam. Ini bukan melibatkan soal parti politik. Ini bukan melibatkan golongan-golongan tertentu. Ini melibatkan semua rakyat.

“Jadi semua sekali kena mengambil tanggungjawab bersama. Jadi mereka-mereka, agensi-agensi kerajaan yang terlibat dengan penguatkuasaan ke, terlibat dengan pengurusan untuk memastikan semua perkara berjalan lancar harus diberi peringatan. Supaya benda yang sama tidak berulang-setiap tahun,”katanya lagi.