Saya tak arif pasal undang-undang, tapi dalam kes 4 orang melayu menyaman Presiden PAS DS TG Hj Abdul Hadi Awang kerana mengemukakan Private Bill (PB) ke Parlimen bagi mengusulkan pindaan kepada beberapa perkara berkaitan bidang kuasa Mahkamah Syariah, saya melihat sesuatu yang sangat janggal.




Sudahkah 4 orang berkenaan mendapatkan deklarasi bahawa PB itu salah? Setakat ini melalui kenyataan kenyataan awam yang dibuat oleh Ketua Hakim Negara dan juga Bekas Ketua Hakim Negara, tidak membayangkan apa apa pelanggaran perlembagaan atau undang.
Yang bising dan mendakwa adanya percanggahan perlembagaan paling jelas datang dari DAP. Yang lain tidak seriuh mereka.


Jika benar salah, barulah munasabah tindakan saman berkenaan.
Rakyat kini mula mempersoal tindakan 4 orang melayu ini sebenarnya didalangi siapa?
Profail masing masing, hubungkait mereka dengan parti parti politik seperti Amanah dan DAP mula dikesan tersebar di alam maya.
HJ AHMAD AMZAD BIN HASHIM
Pengarah
Jabatan Penerangan PAS Pusat
28hb September 2015




























