Saat Teruja Ketika Banjir Melanda; Catatan Naraza Muda

1148

Sehingga saat ini, saya agak sebak mengenangkan kisah yang sangat menyentuh hati saya apatah saya dapat melihat selepas itu bayi berumur 57 hari pada hari kejadian.

Pada kurang lebih jam 12:30 pagi 4 Disember, petugas bilik operasi mendapat maklumat ( sebuah Masjid lama ) yang kami jadikan bilik Operasi banjir bagi zon 1 di Kampung Tanjung Jerangau untuk memantau dan membantu beberapa buah kampung sekitar .

Kebetulan kami berehat setelah kesejukan seharian mudik ke hulu ke kampung Minda untuk menghantar bekalan makanan di pusat perpindahan. Setelah seorang petugas bertanya kepada saya adakah saya akan pergi menyelamat sebuah keluaga di kampung Padang ping yang kini sedang dinaiki air hampir menenggelamkan rumah mereka.

Dengan berat hati saya pantas menjawab saya masih kesejukan dan suruh petugas Unit Amal kg Dendang ke sana. Dan kebetulan kami mendapat mesej Dua orang Unit Amal kita sudah bergegas kesana.

Jadi saya agak lega dan mengambil keputusan untuk pulang . Keesokanya kami mendapat berita kejadian itu.

Menurut saudara Zakri Jusuh yang pergi bersama abangnya mereka menggunakan sebuah bot getian kaca bergegas ke rumah itu dan kebetulan mereka arif lokasi rumah itu.

Memang sukar menggunakan bot di awal pagi di dalam hujan lebat dan air banjir yang besar pasti mereka yg arif selok belok kg itu saja boleh pergi ke rumah itu.

Dengan kegelapan malam pekat dan hujan mereka akhirnya sampai dan apa mengejutkan mereka sepasang suami isteri bersama bayi kecil serta dua org penghuni rumah itu iaitu sepupu mereka tuan rumah pasangan tadi menumpang.

Apa yang mengusarkan mereka bayi itu diletakan di atas papan yang disusun di kekuda atap rumah. Dalam waktu yg sama air sudah hampir mencecah atap rumah. Pasangan itu buntu bangaimana mereka hendak meredah banjir bersama bayi berusia 57 hari itu dalam keadaan air banjir yang deras dan dalam.

Jika mereka terlewat sampai pasti sesuatu perkara buruk berlaku terhadap mereka semua. Setelah semua mangsa dipindahka ke dalam bot mereka meninggalakan rumah itu dalam keadaan hujan lebat tanpa payung .

Bayangkan keadaan bayi itu…hanya Allah yang memelihara keadaan bayi itu. Hampir jam 1:20 pagi mereka berjaya ketm tempat selamat dan tinggi serta lepas dari banjir iaitu LPT yg kebetulan tidak digelami air.

Tiga hari selepas itu saya mendapat tahu dari zakri mangsa banjir itu sudah pulang ke rumahnya. Dengan sedikit bekalan makanan dan peralatan bayi kebetulan ada penyumbang yang beri kepada petugas kita saya bersama zakri pergi semula ke rumah itu lebih kurang jam 9:00 malam dan terpaksa meredah air banjir yang masih di padas pinggang.

IMG-20131216-WA0005Hampir 10 minit meredah banjir dan bersama beberapa petugas lain seramai empat orang dengan semua petugas membawa barangan kami sampai kerumah itu. Setelah memberi salam dan kami masuk dan keadaan rumah masih penuh lumpur . Sekali lagi saya hampir mengalirkan air mata melihat bayi yang sudah mencecah umur 60 hari, Muhammadfakrullah . Semangat mendengar nama itu tahkala ibunya menjawab apabila saya bertanya. Kenapa saya hampir mengalirkan air mata?

Apa tidaknya melihat bayi itu diletakkan di atas tilam yang pastinya basah dan dibalut dengan kain yang lembap. Setelah meminta izin kami menukarkan persalinan adik Muhammad Fakrullah dengan persalian yang kering dan kebetulan saya membawa selimut toto untuk dijadikan tilam. Semoga Allah jualah tempat kami memohon agar bayi ini lena tidurnya ….

INSYA ALLAH KAMI AKAN ZIARAH BAYI INI DALAM MASA TERDEKAT.