RUU 355: PAS Akan Setia Menunggu Dengan Sabar

1294

Oleh : Nooreni Abu Bakar

Sudah 60 tahun PAS berjuang dan kita akan terus berjuang untuk memperkasakan Islam dengan sabar dan tekun,serta dalam perjuangan suci ini, janganlah ada golongan gopoh.

Kalau tak menang hari ini, kita lawan lagi UMNO pilihanraya akan datang dan walaupun pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) 355 yang dijadualkan akan dibentangkan pada sidang Parlimen kali ini, masih belum di bentangkan, PAS akan tetap menunggu.

wan hasrinaKetua Penerangan Dewan Muslimat PAS Malaysia(DMPM), Hajjah Wan Hasrina Wan Hassan mengingatkan para peserta Majlis Jelajah Saidatina Siti Khatijah Fasa Dua (JELAS F2), Jumaat, 21. Oktober, kesabaran Rasulullah dalam perjuangan sehingga beliau beerhijrah dari kota Mekah ke Madinah.

Untuk itu, beliau sarankan, para Muslimat khususnya, mesti bersemangat dengan semangat tarbiyah dan semangat dakwah serta bukan dengan semangat pilihan raya sahaja.

Begitu juga para muslimin yang menjadi suami, jangan hanya membenarkan isteri untuk berdakwah semasa pilihan raya sahaja, tetapi mestilah menyokong iseri setiap masa.

“Semangat tarbiyyah tidak ada, semangat dakwah tidak ada, semangat masa pilihanraya sahaja, masa pilihanraya ramai turun, muslimin buat keluar isteri masing-masing sebab hendak pilihanraya, masa selain piliharaya dia letak dalam akuarium dekat rumah.”katanya sebagai satu teguran.

Justeru itu, Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Terengganu, YB Dr. Alias Razak yang hadir sama pada program itu berharap agar muslimat di semua peringkat dapat bergerak dan hadir ke majlis-majlis penerangan PAS untuk mendengar penjelasan, samada peringkat pusat, negeri, kawasan , DUN atau cawangan daripada sumber PAS sendiri.

dr aliasIa adalah penting kerana sumber-sumber maklumat yang banyak masa kini tetapi mengelirukan, terutamanya dari musuh-musuh Islam dan musuh PAS.

Para Muslimat mesti tahu cerita yang sebenar, isu yang sebenar bukan hanya mengagak-agak sahaja, supaya dapat mengelakkan dari ‘terkeliru’ dengan serangan maklumat melalui media, khususnya media baru.

“bukan kita menceduk maklumat di tepi-tepi jalan, di alam maya yang kita tak tahu soheh ke tidak, siapa yang menghantar maklumat, orang yang berniat baik ke, berniat jahat kerana ramai di alam maya hari ini, orang yang berniat jahat terhadap Islam, perjuangan yang dibawa oleh parti PAS ini,”kata beliau.

Semakin perjuangan Islam hampir kepada kemenangan Islam, semakin besar dan berat ujian yang dihadapi, kerana Allah hendak mengurniakan kemenangan itu kepada kemenangan Islam yang sebenar.

Oleh itu, semakin rapat ke garisan penamat semakin sukarlah laluan yang akan PAS lalui, yang memerlukan kesabaran dan ketekunan serta istiqamah!