Mendengar dan membaca cerita-cerita tentang pemberian Bantuan Awal Sekolah berjumlah hanya RM100 menyebabkan saya menjadi tawar hati untuk menghadiri program yang diadakan di sekolah anak-anak saya.
Tak sanggup saya pergi menunggu dan membazirkan masa selama dua jam untuk mendengar ceramah ‘fitnah’politik YB Umno, walaupun risikonya saya mungkin akan ‘melepas’ wang sebanyak RM300, yang menjadi hak anak-anak saya kerana ia adalah wang dari ‘kantung’ kerajaan.
Kasihan saya mendengar cerita ibu bapa yang terpaksa menadah telinga, semata-mata mahukan ‘hak mereka’ yang dipermainkan oleh Umno dan Barisan Nasional.
Kasihan orang-orang kampung yang berhajat wang itu, kerana kehidupan yang semakin dihimpit oleh faktor ekonomi, kenaikan harga barang dan kurangnya sumber pendapatan, terutamanya musim tengkujuh belum habis lagi.
Ibu bapa terpaksa membawa anak-anak kecil mereka ke sekolah bagi menghadiri Majlis pemberian Bantuan Awal Sekolah, kerana tiada siapa yang akan menjaga anak-nak mereka sekiranya ditinggalkan dirumah.
Mengapalah YB-YB Umno berceramah politik pilihanraya dan mengambil kesempatan dari pemberian wang RM100 sedangkan wang tersebut bukan wang ‘Mak Bapak’ mereka?
Mengapa mereka memaksa orang-orang kampung mendengar ‘kempen’ mereka sedangkan dua puluh empat jam radio dan televisyen yang dikawal Umno-BN telah berkempen untuk mereka?
Mungkin YB-YB Umno tidak sedap hati kerana ‘riak-riak’ yang mereka lihat dari wajah-wajah ibu bapa yang datang, tidak mahu lagi memilih Umno-BN pada pilihanraya akan datang.
Lalu, saya mengambil keputusan itdak akan hadir Majlis yang diadakan disekolah anak-anak saya.
Dalam benak saya memikir dan hati saya berkata, biarlah…………kalau ada rezeki dari Allah SWT, wang itu tetap akan jadi milik anak-anak saya, kerana Allah maha kaya dan sudah menjanjikan rezeki kepada mereka.
Iktikad saya bertekad, bukan Umno-BN yang memberikan rezeki tetapi Allah yang Maha Pengassih lagi Maha Pemurah!
Jadi saya tidak hadir ke Majlis yang diadakan pada hari Selasa 22 Januari, walaupun sekiranya saya meminta keizinan dari ketua tempat kerja saya, ia pasti diizinkan saya keluar bagi menghadiri majlis tersebut.
Keyakinan saya, bahawa Umno-BN tidak perlu mempolitikkan wang RM100 itu dan sesungguhnya rezeki itu dari Allah rupa-rupanya adalah satu kebenaran yang nyata.
Justeru pada Rabu 23 Januari, selepas balik dari kerja sekitar jam 4.30 petang, sewaktu mahu mengambil anak-anak dari sekolah mereka, saya memberanikan diri untuk naik ke pejabat sekolah.
Saya berkata kepada petugas di pejabat itu, saya diberitahu wang Bantuan Awal Sekolah berjumlah RM100 itu boleh diambil di pejabat sahaja, sekiranya tidak menghadiri Majlis pemberian wang tersebut.
AlhamduliLlah, petugas pejabat sekolah anak-anak saya itu, tanpa banyak soal terus menyerahkan wang dalam sampul biru yang walaupun berlambangkan 1Malaysia, tertulis dengan jelas pemberian kerajaan persekutuan dan bukannya Pemberian Umno dan Barisan Nasional!
Saya sangat bangga dan bersyukur kerana mendapat rezeki Allah itu dengan tidak payah buang masa mendegar ceramah politik YB Umno………..










