”Ustaz Abdul Aziz Dato’ Haji Abbas telah mengosongkan jawatan Pengarah Majlis Tindakan DUN Kota Putra bagi membantu saya, menjadi Timbalan Pengerusi Lajnah Tarbiyah PAS Besut,
”perkara ini diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa PAS Kawasan Besut kali ke 10 pada 10 Januari lalu,”katanya ketika dihubungi Buletinonline semalam.
Menurutnya, cabaran PAS sebagai sebuah gerakan Islam sekaligus bergerak sebagai organisasi politik semakin kompleks masakini.
Katanya, kedudukan PAS sebagai paksi kepada Pakatan Rakyat memerlukan ahli-ahli yang mempunyai memahami Islam secara konseptual dan mengamalkannya dalam membentuk kekuatan spiritual.
”Ustaz Aziz yang mempunyai pengalaman luas dalam gerakan dakwah dan politik berupaya menyumbangkan peranan yang lebih besar, dalam bidang tarbiyah siyasi,”jelas Wan Azhar
Beliau menambah, penyusunan semula beberapa jawatan penting dalam PAS Besut adalah persiapan awal dalam menghadapi Pihanraya Umum ke 13 akan datang.