RMM Gong Chengal Sejahtera 2 ; 2020 Pecah Tanah, 2025 Siap

41

KEMAMAN – Sebanyak 200 unit rumah mampu milik (RMM, mula dibangunkan pada 2020 di atas seluas 17.34 ekar, siap dan diagihkan kepada golongan B40.

Naib Presiden PAS yang juga Menteri Besar Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokkhtar mengucapkan terima kasih kepada semua agensi dan individu terlibat serta pihak berkuasa tempatan yang memastikan kelancaran pelaksanaan projek tersebut.

“Alhamdulillah, pada hari ini kita dapat berkumpul dalam Majlis Penyerahan Surat Tawaran rumah ini,

“bila saya masuk ke kawasan ini tadi, saya ingat lagi saya datang untuk pecah tanah. Kalau tak silap saya pada tahun 2020.” ujarnya

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Surat Tawaran Rumah Mampu Milik Gong Chengal Sejahtera 2 di sini semalam.

Justeru beliau berharap para penerima dapat laksanakanlah tanggungjawab dengan penuh disiplin akan amanah terhadap rumah tersebut.

“tadi pun Dato’ Wan Sukairi telah memberi pelbagai pesanan yang saya kira saya sangat bersetuju,
.
“dengan pesanan yang telah disampaikan itu dan semoga ianya menjadi peringatan buat kita semua.” jelas beliau.

Beliau berharap perumahan Mampu Milik Gong Chengal Sejahtera 2 itu menjadi contoh kejiranan yang harmoni dan sejahtera.

“ita datang dari pelbagai tempat, ada yang datang daripada Kemasik, ada datang daripada Kijal dan DUN-DUN lain pun ada, dari felda pun ada. Kita hidup di tempat lain sebelum ini, dan sekarang ini kita akan duduk, hidup bersama-sama.

“tentulah ada perkara yang menjadi perkara baru. Rakan baru, jiran baru, suasana kampung yang baru yang tak sama dengan kampung kita sebelum ini.

“Jadi, jadikanlah tempat baru ini sebagai azam baru untuk kita hidup dengan penuh harmoni dan penuh semangat kejiranan.” tambah beliau.