Terengganu, Malaysia
Pendapat

Ringkasan Ucapan Presiden PAS Majlis Perasmian HARAP 3.3

presiden PAS perasmian harap

Tuan Guru memulakan muqadimah ayat al-Quran dengan surah al-Fatihah dan surah Isra’ ayat 9 :

إِنَّ هَٰذَا الْقُرْآنَ يَهْدِي لِلَّتِي هِيَ أَقْوَمُ وَيُبَشِّرُ الْمُؤْمِنِينَ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ أَجْرًا كَبِيرًا

Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (ugama Islam), dan memberikan berita yang mengembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar.

2. Terlebih dahulu bersyukur kepada Allah kerana memberi petunjuk kepada pemimpin terlebih dahulu daripada kita kerana menubuhkan kepada kita setelah diharamkan Hizbul Muslimin.

3. Quran adalah petunjuk yang benar. Kerana itu lah kita sentiasa meminta kepada Allah didalam setiap rakaat sembahyang. Quran adalah petunjuk dalam perkara agama dan dunia. Petunjuk kepada agama adalah menunjuk Allah yang satu. Firman Allah :

إِنَّ هَٰذَا الْقُرْآنَ يَهْدِي لِلَّتِي هِيَ أَقْوَمُ وَيُبَشِّرُ الْمُؤْمِنِينَ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ أَجْرًا كَبِيرًا

Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (ugama Islam), dan memberikan berita yang mengembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar.

Quran menunjuk kepada ibadah yang betul. Semua nikmat ditunjuk dengan ibadat. Islam mengajar cara berpolitik, nikah kahwin, ekonomi. Dalam Islam tidak boleh memisahkan politik, ekonomi dari agama.

4. Allah berfirman :

وَلَوْلَا دَفْعُ اللَّهِ النَّاسَ بَعْضَهُمْ بِبَعْضٍ لَهُدِّمَتْ صَوَامِعُ وَبِيَعٌ وَصَلَوَاتٌ وَمَسَاجِدُ يُذْكَرُ فِيهَا اسْمُ اللَّهِ كَثِيرًا ۗ وَلَيَنْصُرَنَّ اللَّهُ مَنْ يَنْصُرُهُ ۗ إِنَّ اللَّهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ

Iaitu mereka yang diusir dari kampung halamannya dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar, (mereka diusir) semata-mata kerana mereka berkata: “Tuhan kami ialah Allah”. Dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong ugamaNya (ugama Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa; –

الَّذِينَ إِنْ مَكَّنَّاهُمْ فِي الْأَرْضِ أَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآتَوُا الزَّكَاةَ وَأَمَرُوا بِالْمَعْرُوفِ وَنَهَوْا عَنِ الْمُنْكَرِ ۗ وَلِلَّهِ عَاقِبَةُ الْأُمُورِ

Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.

(Surah al Haj : 40-41)

Kalau orang lain memerintah, akan menekan puak yang lain. Kalau Islam memerintah, kita tidak akan paksa orang masuk Islam. Kerana iman itu dengan hati yang ikhlas. Oleh itu apabila Islam masuk ke mana negeri dalam dunia, Islam tidak memaksa penganut agama lain masuk Islam. Di Mesir masih ada gereja. Di Iran masih ada api Majusi yang telah dibina beribu tahun. Namun orang Islam menjadi lebih ramai kerana masuknya orang bukan Islam kedalam Islam. Ini kerana adilnya Islam.

presiden PAS perasmian harap15. Saya mendapat maklumat, mengapa orang bukan Islam takut undang-undang Islam padahal mereka tidak merompak?. Jawabnya kerana ada dalan kalangan mereka mengetahui Islam itu adil dan bimbang orang akan ramai masuk Islam. Malangnya orang Islam ada yang takut ajaran agama mereka sendiri.

6. Zakat tetap wajib sama ada ada kerajaan ataupun tidak mengikut nisbah tanpa menghapuskan kekayaan si penunai zakat. Orang Islam dikenakan zakat, orang kafir dikenakan cukai. Zakat dan cukai hanya dikenakan kepada orang kaya. Sebab itu lah kita menghapuskan tol dan cukai pintu kerana cukai hanya dikenakan kepada orang kaya. Orang akan melihat adilnya Islam.

7. Islam menguasai masyarakat majmuk pelbagai bangsa. Firman Allah :

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).

Surah Hujurat : 13.

Manusia berasal daripada Adam dna Hawwa. Kemudian dipecah-pecah semua manusia hidup sebagai masyarakat madani. Masyarakat madani ialah masyarakat yang mempunyai pelbagai kebolehan supaya mereka saling berkenalan. Dengan pelbagai kebolehan, kita akan mendapat kekuatan. Yang menjadi masalah adalah Inggeris supaya kita berlaga sesama sendiri.

8. Islam boleh memerintah masyarakat majmuk. Kerana dalam Islam ada dosa pahala. Allah menyuruh malaikat mencatat semua amalan kita. Kerana politik ada kaitan dengan agama. Maka semua akan dicatat. Masalah sekarang ialah orang Islam tidak ikut Islam.

9. Zaman Saidina Umar, pegawai kerajaan mendapat pencen. Sehingga orang bukan Islam turut mendapat pencen. Kerana ada penilaian dosa dan pahala. Zaman Umar bin Abdul Aziz harta melimpah ruah sehingga ditambah asnaf zakat kepada pemuda yang mahu kahwin. Zamannya cukai dihapuskan. Ini lah firman Allah :

وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَىٰ آمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِمْ بَرَكَاتٍ مِنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ وَلَٰكِنْ كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ

Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan. Warak ialah dapat menguasai dunia bukan menjadi hamba dunia.

10. Pas tidak gila kuasa, kita hanya mahu orang ikut Islam, apabila ikut Islam kita akan bersama. Tetapi kalau mempermainkan Islam, kita akan hambat sehingga ke lubang cacing.

11. Pas bersama memperjuangkan kemerdekaan dengan UMNO tetapi
UMNO mengkhianati negara dengan memilih sekular. PAS menentang UMNO
Pilihanraya 1959 Terengganu menang pada tahun itu. Kita 13 kerusi UMNO enam kerusi. Terengganu menang pertama. Kemudian Kelantan menang. Kemudian tewas dan kita berjaya menawan semula Kelantan hingga ke hari ini.

Catatan,
Abdul Latif Al Marangi,
27 Februari 2016.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan