Oleh : Ahmad Amzad Hashim
Satu program retreat NGO NGO jemputan anjuran Badan Penggerak Demokrasi dan Mobilisasi Rakyat Terengganu akan diadakan pada tarikh 14hb. Oktober 2015 bertempat di Kuala Terengganu.
Retreat ini bertujuan menghimpunkan pemimpin pemimpin NGO yang mewakili pelbagai fungsi dan misi dalam masyarakat yang membawa tema tema perjuangan yang memberi manfaat kepada agama, rakyat, negeri dan negara.
Bengkel khusus akan diadakan bagi membincangkan pendekatan dan strategi bagi menggerakkan pelbagai isu rakyat khususnya di Terengganu.
Tumpuan juga akan diberi kepada aspek mobilisasi rakyat dalam mendokong sebarang agenda perubahan yang memberi kebaikan untuk rakyat dan juga mobilisasi rakyat dalam menyata sikap dan bantahan kepada sebarang polisi, dasar, program, tindakan atau percubaan mana mana pihak yang merugikan agama, bangsa dan negara.
Resolusi umum dari Kongres Rakyat yang telah berlangsung pada 12hb. September 2015 di Shah Alam, Selangor akan turut dibincangkan.
Retreat NGO ini dijangkakan akan mencetuskan pelan tindakan yang menyelaraskan gerak kerja NGO NGO dalam memperjuangkan misi dan visi masing masing.
Dengan penyelarasan ini, NGO NGO akan bertindak secara konsensus sebagai satu suara yang berperanan sebagai ‘Kuasa Ketiga” yang mewakili aspirasi rakyat.
Keadaan negara yang berhadapan pelbagai masalah ekonomi, politik, sosial, isu isu agama, pendidikan, integriti dan rasuah, pengangguran, kemiskinan, jenayah memerlukan peranan NGO membantu.
Jangkaan Pilihan Raya Umum ke 14 yang mungkin diawalkan, adalah ruang besar bagi NGO membantu rakyat membuat keputusan yang betul dalam memilih parti politik dan pemimpin yang baik untuk kepentingan negara.
Sebahagian besar masalah dalam negara berpunca dari kesalahan dan kelemahan pemimpin yang gagal menunaikan amanah memimpin negara sebagaimana dituntut oleh Islam.
***HAJI AHMAD AMZAD BIN HASHIM ialah Pengarah Retreat NGO Terengganu
8hb Oktober 2015


























