Terengganu, Malaysia

Rebah Bangun Dengan Islam

62603

Oleh KAM

MARANG – Umat Islam di negara ini diingatkan agar tetap teguh Istiqamah dengan Islam sekali pun mereka berada dalam keadaan lemah dan dhaif.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata umat Islam hari ini berada dalam keadaan sangat lemah ditindas oleh musuh-musuhnya.

Justeru, katanya situasi itu mengingatkan umat Islam dengan pesanan Nabi Muhammad SAW tentang nasib umat Islam di akhir zaman.

“Kita menghadapi suasana orang Islam dalam keadaan yang sangat lemah. Keadaan yang pernah disebut oleh Rasulullah SAW dalam hadis yang bermaksud.

Rebah Bangun Dengan Islam“Orang-orang lain akan mengelilingi kamu umat Islam seperti mereka mengelilingi hidangan yang lazat. Mereka mencubit, memamah, mengigit dan menelan makanan yang lazat.

“Adakah ketika itu umat Islam sedikit. Jawab Rasulullah SAW, tidak…jumlah mereka (orang Islam) ramai tetapi banyaknya seperti buih dan sampah-sarap di lautan”.

“Itulah yang akan diperlakukan kepada orang Islam di akhir zaman. Mereka dikelilingi oleh musuh-musuh mereka macam orang ramai yang mengelilingi hidangan yang lazat,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam Ceramah Perdana Malam Untukmu Rohingya di Dewan Tok Guru, Masjid Rusila, Marang pada Khamis 9 Oktober.

Rebah Bangun Dengan IslamKata Dato’ Seri Abdul Hadi, itulah yang berlaku terhadap umat Islam di seluruh dunia termasuk Palestin, Afrika Tengah dan Rohingya hari ini.

Menurutnya, Allah SWT telah mencabut rasa gerun dan kehebatan umat Islam kepada musuh setelah mereka dilanda penyakit ‘al-waham’ iaitu kasihkan dunia dan takutkan mati.

“Inilah penyakit yang melanda umat Islam di akhir zaman. Kasihkan dunia tanpa mengira halal dan haram. Takutkan mati kerana banyaknya dosa-dosa dan maksiat yang dilakukan,” jelasnya.

Ustaz Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang turut mengingatkan umat Islam agar tetap bersama dengan Islam sama ada dalam keadaan lemah atau kuat.

Rebah Bangun Dengan Islam“Oleh itu, sama ada rebah dan bangun, tenggelam dan timbul kita mesti bersama dengan Islam, bersama dengan umat Islam.

“Kalau kita kuat, bertindak dalam keadaan kuat. Kalau kita lemah, kita tidak putus hubungan antara satu sama lain.

“Walaupun orang Islam dalam keadaan yang dhaif dan lemah. Allah menyuruh mereka bertindak mengikut kemampuan yang ada pada mereka.

“Sekiranya, mereka bertindak mengikut kemampuan yang ada pada mereka, dan Allah hendak menunaikan kemenangan kepada Islam selepas itu adalah pertolongan daripada Allah yang tidak boleh dikalahkan oleh sesiapa sahaja,” tegasnya.

Hadir sama pada majlis itu, Pengarah PASRelief Pusat, Mohammad Sanusi Mohd Nor, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Husain Awang dan ramai lagi pimpinan PAS Terengganu.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan