Rayuan Sumbangan Untuk Murabitun

108

KUALA TERENGGANU – Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, bagi pihak seluruh kepimpinan PAS negeri dan warga pusat pendidikannya, memohon dan merayu sumbangan serta infaq untuk para ‘Murabitun’.

Pesuruhjayanya Dato’ Ustaz Husain Awang berkata, ia bagi membantu para ‘Murabitun’ yang terkesan dengan pelaksanaan PKP ekoran wabak Covid-19.

“Sebagaimana yang sedia kita maklum bahawa Parti Islam Se Malaysia (PAS) mempunyai kakitangan dan pegawai-pegawai yang bekerja sepenuh masa yang dinamakan murabitun.

“Mereka bertugas di bidang pendidikan bermula dengan PASTI, sekolah rendah yang dinamakan DAR-DAR yang berada di setiap daerah di seluruh negeri Terengganu,” ujar beliau dalam satu kenyaataan media.

Beliau berkata, masalah yang sedang dihadapi oleh pusat pendidikan tersebut ialah kekurangan dana untuk membiayai elaun kepada semua kakitangan dan juga guru-guru yang sedang bertugas.

“Kekurangan ini berlaku akibat daripada penutupan sekolah-sekolah daripada PKP dan pendemik Covid-19.” jelasnya.

Menurutnya, semua sumbangan kewangan boleh dibuat melalui akaun bank CIMB ISLAMIC nombor akaun 8602853941.

“sumbangan infaq daripada saudara dan saudari sekalian dan didoakan semoga sumbangan saudara saudari itu akan diganjari oleh Allah SWT,” tambah beliau.