Rasa Sedih Hilang Dapat Berkhidmat Kepada Keluarga MB

4512

Oleh : Rohayati Ripin (2R)

Hari Raya Aidilfitri disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah dan perayaan tersebut dipanggil sebagai hari raya puasa serta perayaan terbesar bagi umat Islam, selain Hari Raya Kurban.

Ianya menandakan berakhirnya bulan Ramadan yang mana umat Islam telah menjalani ibadat puasa dengan tekun.

Aidilfitri merupakan satu perayaan yang di sambut oleh umat Islam di seluruh dunia tidak kira bangsa antaranya Arab, Inggeris, Melayu, india- muslim dan cina muslim di seuruh dunia yang beragama Islam.

Pada tahun ini saya menyambutnya dengan sederhana tanpa orang tersayang disisi dimana dahulunya pernah berjanji akan beraya di rumah sendiri pada tahun ini.

Bila diingatkan kembali tetiba ‘hujan mutiar’a mula turun membasahi pipi…..terasa sebak apabila mengingatkan orang tersayang berada di alam kedua …. Barzakh.

Kepiluan mula menjengah hati ini pada malam ini apabila dahulunya saya dapat beraya bertiga tapi tahun ini hanya berdua…Saya pasrah dan terima qadar dan qadar yang telah di tentukan oleh Allah SWT.

Namun ia berlalu apabila rasa teruja dengan perjalanan saya ke destinasi perkarangan kediaman Seri Iman Batu Buruk sebagai sukarelawan pada raya pertama hari Jumaat, 15 Jun.

Sepanjang jalan aku ke sana dengan menaiki ‘kuda perang’ku, dengan alunan lagu raya yang mengimbau memori dan mengusik kenangan silam melalui gegendang telingaku.

Sesampainya kami di sana, saya terus meluru kearah dapur untuk ‘check in’ dan menerima tugasan yang di amanahkan.

Saya adalah di antara salah seorang daripada 50 orang petugas yang akan bertugas pada hari tersebut.

Antara tugasnya adalah menjadi runner untuk hidangan VIP dan menjaga kebersihan di sekitar kawasan makan serta menjaga booth dan kiosk makanan untuk memastikan semua makanan sentiasa cukup di dalam bekas.

Rasa kesedihan terubat apabila perasaan saya sangat bertuah kerana terpilih sebagai Bentara bagi keluarga Menteri Besar.

Sesuatu perkara yang tak pernah terlintas di kepalaku, akan dapat melihat secara dekat, kehidupan, Menteri Besar YAB Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan pasangan Puan Tuan Faizah Tuan Abdul Rahman serta keluarganya!

***Penulis ialah seorang pemberita dan aktivis media, anggota Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI)