Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Kedua tahun 2010

770

http://buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2010/07/Alga.jpgKUALA TERENGGANU – PAS Kawasan-kawasan dan Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) PAS negeri diminta mengambil tindakan meneliti senarai pemilih dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) Suku Kedua tahun 2010 yang akan mula dipamerkan pihak Suruhanjaya Pilihanraya pada 20 Julai hingga 26 Julai, 2010.

Setiausaha Jabatan Pilihanraya PAS Negeri (JPN) Terengganu, Al-Ghazali berkata, setiap petugas kawasan dan MTD membuat semakan, tuntutan dan bantahan ke atas mana-mana nama yang ada dalam RDPT yang meragukan.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataanyang dihantar kepada Buletinonline semalam.

Menurutnya, bagi kes seseorang yang telah mendaftar sebagai pemilih tetapi namanya tidak ada di dalam senarai yang dipamerkan, beliau boleh membuat tuntutan supaya namanya dimasukkan ke dalam senarai pengundi.

“Setiap tuntutan, bagi pemilih yang telah mendaftar tetapi tidak ada nama dalam sebarai yang dipamerkan hendaklah menggunakan BORANG B dan tidak dikenakan apa-apa bayaran,”ujarnya

Manakala bagi kes bantahan pula hendaklah menggunakan BORANG C dan seseorang boleh membantah kemasukan namanya atau nama pemilih lain yang dipercayai tidak tinggal atau tidak berasal seperti di alamat yang tercatat di dalam senarai yg dipamerkan.

“Setiap bantahan akan dikenakan bayaran sebanyak RM10 bagi setiap orang yang di bantah dan jumlah maksimum orang yang boleh di bantah ialah seramai 10 orang bagi setiap seorang pembantah,”jelasnya

Katanya, pemohon untuk membantah boleh membuat bayaran melalui bayaran tunai atau bayaran dalam bentuk wang pos atau wang kiriman pos yang ditulis atas nama Pengarah Pilihan Raya Negeri Terengganu.

Menurutnya lagi,  borang samada borang B atau C boleh diperolehi di Pejabat Pilihan Raya Negeri dan pejabat POS terpilih secara percuma.

Adalah penting untuk mengingatkan para petugas, kata Al-Ghazali, setiap borang bantahan atau tuntutan hendaklah dihantar sendiri oleh pembantah atau penuntut bersama-sama bayaran ke Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Negeri Terengganu di dalam tempoh pameran, 20 hingga 26 Julai 2010