Ramadhan Tidak Menghalang Umno Berbohong

779

http://buletinonline.net/images/stories/berita32/gambar%203.JPGBerikut adalah bukti yang menunjukkan Umno sangat terdesak sehingga  sanggup berbohong kepada rakyat Malaysia dengan mendakwa 756 ahli PAS  menyertai Umno :

1) Setelah disoal selidik ahli PAS cawangan yang berhampiran  Bagan  Baru, didapati tiada ahli PAS yang menyertai Umno kecuali Mat Arop Saman  dan isteri sahaja. Ini menunjukkan dakwaan Dr Zambry Abdul Kadir  sebahagian besar 756 yang menyertai Umno itu ahli PAS adalah tidak benar  sama sekali.

2) Cawangan PAS Bagan Baru belum didaftarkan di bawah ROS dan belum  mempunyai jawatankuasa penaja peringkat cawangan, fakta ini menolak  dakwaan Mat Arop Saman memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua PAS  Cawangan Bagan Baru selama 22 tahun.

3) Mat Arop Saman telah diterima menjadi ahli PAS pada 22 jun 2009  setelah membuat permohonan pada tahun 2008 ketika PR memerintah negeri  Perak. Fakta ini menolak dakwaan Mat Arop Saman telah menjadi ahli PAS  selama 32 tahun.

Dengan ini, Dewan Pemuda PAS Kawasan Larut mencabar Umno Bahagian Larut supaya mendedahkan senarai nama ahli PAS yang menyertai Umno jika benar seperti yang didakwa. Jika tidak, Pemimpin Umno terus akan dikenang oleh jenerasi akan datang sebagai tokoh pembohongan.

http://buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2010/09/gambar%201.JPGMOHD AKMAL KAMARUDIN
Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Larut
0195452471

Keterngan Gambar:

Gambar Atas Kiri : Mat Arop Saman telah diterima menjadi ahli PAS secara rasmi pada 22 jun 2009 seperti yang tertera pada sijil

Gambar kanan : gotong royong untuk mendirikan markaz PAS cawangan Bagan Baru yang akan didaftarkan.Ia dibina bersebelahan dengan rumah Mat Arop yang berwarna kuning. Buat masa ini, ahli PAS Bagan Baru berada di bawah pentadbiran PAS Cawangan Sungai Lempong