Oleh : Rohayati Ripin
KUALA NERUS – Rakyat bersedia bersama dengan kepimpinan Kerajaan PAS Terengganu untuk membangun dan membantu menampung segala kekurangan, agar setiap program berjalan lancar.
Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu Ustaz Zakaria Dagang berkata, kesepaduan dalam masyarakat adalah kunci kejayaan sebagaimana seruan Menteri Besar sendiri yang meminta rakyat bekerja bersama dengan beliau.
“Tema kita Terengganu maju, berkat dan sejahtera serta tercapai matlamat itu sendiri,
“dan oleh itu kita berharap insya Allah kerajaan kita akan terus kekal dengan sokongan rakyat,” katanya.
Beliau yang juga Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Seberang Takir berkata demikian ketika dalam program mengacau bubur lambuk Ramadhan anjuran Lajnah Kebajikan dan Kemasyrakatan DUN Seberang takir di Masjid Kampung Batin pada Sabtu, 2 Jun.


“Program ini bertujuan untuk merapatkan hubungan diantara para petugas di Dewan Undangan Negeri (DUN) yang terdiri daripada orang tua, pemuda, Muslimat dan Ameerah (Muslimat muda),
“dalam kerja gotong royong yang sudah pasti akan membawa kesepakatan dan juga ukhuwah antara kami,”ujarnya.
Menurutnya, kita dapat bersama-sama berkongsi dengan masyarakat terutama golongan kurang bernasib baik merasai masakan bubur lambuk yang merupakan tradisi Negeri Terengganu.
“Sempena dengan Ramadhan ini saya mengucapkan Ramadhan karim kepada semua penduduk seberang takir khususnya,


“serta dapat mempertingkatkan lagi sesuai dengan matlamat puasa itu sendiri mendapat takwa kepada Allah Taala,” tambahnya.
Allah Taala telah berfirman ‘wahai orang-orang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana orang terdahulu daripada kamu dan mudah-mudahan kamu bertakwa’.
Tambah beliau, mudah-mudahan matlamat hasil takwa itu sendiri dapat diperolehi oleh kita semua sepanjang menyambut dan melaksanaan ibadat puasa bulan Ramadhan.
dan katanya mudah-mudahan kita dapat beraya Syawal nanti sebagai seorang yang benar-benar memperoleh kemenangan hasil daripda tarbiah Ramadhan.



























