“Jangan Takut Sokong PAS, Wang Ehsan Bukan Duit BN.”kata Cikgu Tan

824

http://www.buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2011/02/cikgutan.JPGDUNGUN – Masyarakat Cina DUN Sura mengucapkan terima kasih kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramly kerana telah mengadakan sambutan Tahun Baru Cina dan memberikan sumbangan kepada kaum Cina.

Wakil masyarakat Cina, Cikgu Tan @ Tan Eng Hoe (gambar) berkata, Ustaz Wan Hassan sanggup mengeluarkan wang ringgitnya sendiri demi untuk meraikan dan memberi bantuan kepada kaum Tiongua.

“Saya bagi pihak penerima sumbangan mengucapkan ribuaan terima kasih kepada Yang Berhormat Ustaz Wan Hassan diatas sumbangan walaupun dengan  wang ringgitnya sendiri dan juga dari rakan-rakanya untuk raikan Tahun Baru Cina kita pada tahun ini,”ujarnya Cikgu Tan.

Menurutnya, beliau dan masyarakat Tionghua tahu,  bukan tahun ini saja masyarakat Tionghua diraikan malah sudah bebarapa tahun  diraikan dalam sambutan Tahun Baru.

Sehubungan itu, beliau melahirkan rasa dukacitanya kerana ramai dikalangan orang Cina yang hadir dalam Majlis Makan Malam Tahun Baru Cina yang diadakan disini pada Sabtu, 12 Februari.

“satu lagi yang saya ingin menyampaikan ialah kepada kaum Cina yang hadir  pada malam ini, saya berasa gembira dan megah bahawa saya sudah beberapa tahun menghadiri majlis ini,

“dan saya dapati (tahun ini) paling ramai itu pun (kalau) tidak disebab kan ada beberapa acara perkahwinan di Kijal dan di Kuala Terengganu (pasti) lebih ramai akan hadir,”jelasnya ketika berucap.

Cikgu Tan yang juga bekas guru besar sebuah sekolah di daerah ini melihat, orang-orang Cina tempatan lebih berani berbanding sebelumnya.

“Dulu takut untuk tampil ke hadapan, tengok tadi bila di jemput datang ke depan senang je (muncul).kalau dulu memang susah,”katanya.

Beliau juga memberi nasihat kepada masyarakat Cina supaya jangan takut dengan sebarang ugutan dari mana-mana pihak sekiranya mereka menyokong PAS.

“Janganlah takut bila kita selalu diugut kalau beri sokongan kepada pihak PAS atau PR, (diugut) nanti wang ehsan  tak dapat…..saya  3 tahun dah tak dapat……….tak raya dah saya kerana tak leh duit ehsan,”perli Cikgu Tan.

Menurutnya, wang Ehsan yang diberikan oleh parti Barisan Nasional (BN) bukanlah wang parti tersebut tetapi wang itu adalah dari hasil minyak negeri Terengganu yang sepatutnya dinikmati oleh setiap  rakyat Terengganu.

Beliau juga menyeru kepada masyarakat Cina supaya menyokong Parti Islam SeMalaysia, PAS.

Katanya, banyak propaganda yang diada-adakan oleh BN untuk menakut-nakutkan orang Cina sebagaiman yang dilakukan dalam pilihanraya kecil DUN Tenang baru-baru ini.

“kalau kita pergi (ke) Kelantan kita tengok orang-orang (Cina) Kelantan, mereka lebih gembira, nak minta tanah pun senang nak dapat,

“jadi kita jangan takut, pada zaman nabi (Muhammad SAW) dulu (ada di)sediakan tempat duduk untuk bukan Islam, untuk menjaga hal ehwal orang bukan Islam,”tegasnya.

Menurutnya lagi, ketika PAS memerintah Terengganu pada tahun 1999, PAS telah melantik Encik Ng Chai Hing sebagi wakil bagi masyarakat Cina.

Justeru, kata beliau, sekiranya berlaku pilihanraya umum ke-13 nanti, jangan takut untuk mengundi     PAS ataupun parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat.

http://www.youtube.com/watch?v=35nij0VB72Y