Oleh : Nazmi Ghazali
Puttalam, Sri Lanka, Misi Korban tahun ketiga diakhiri dengan beberapa kisah dan pengalaman yang berbeza berbanding tahun sebelum ini.
Kebiasaannya selesai urusan penyembelihan, kami dibawa ke masjid untuk agihan daging.
Berbeza kali ini, kami merai sendiri agihan daging kerumah mereka. Rasa bertuah kali ini diberi peluang untuk melihat sendiri bagaimana kehidupan masyarakat islam disekitar Sri Lanka ini.
Kami fikirkan, “Belum tentu mereka mempunyai bahan yang lengkap untuk memasak”, justeru tahun hadapan kami berhajat mendatangi mereka dengan pakej bantuan lengkap.


Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.
Kami datang dengan beberapa latar belakang NGO dan pelbagai bidang tugas. Izinkan saya terangkan satu persatu.
Yayasan Ammirul Ummah dan Cinta Gaza Malaysia akan mengambil tanggungjawab untuk mengumpul dana kebajikan mereka.
IMBnet pula bertanggungjawab untuk memikirkan bagaimana cara untuk pertingkatkan ekonomi kehidupan mereka.


AFMY bertanggungjawab untuk merubah fikiran kepimpinan mereka.
Manakala KAMI menyebarkan berita untuk semua manusia.
Sama-sama merasai kesedaran keperitan hidup yang perlu diambil tindakan. Akhirnya kami berterima kasih kepada semua yang beri kepercayaan kepada kami untuk sempurnakan niat korban.
Semoga pengorbanan kita diterima semuanya oleh Allah.|


***Nazmi Ghazali ialah Aktivis KAMI yang megikuti Misi Korban Ke Sri Lanka Sempena Aidil Adha




























