Purata 5,000 Orang Sertai PAS Setiap Bulan

3123

Seramai hampir 5,000 orang mandaftarkan diri menjadi ahli PAS, walaupun parti Islam itu dikepung dari segenap arah, mengalami serangan yang ‘bertali arus, serta pelbagai fitnah yang Fitnah dilemparkan kepadanya, bertubi-tubi.

Namun pemimpinnya, dari peringkat tertinggi sentiasa tenang, sehingga peringkat bawahan hatta di cawangan-cawangan, terus memacu perjuangan, sehingga ‘musuh-musuh’nya terus menggelabah dan kelam kabut.

Rahsianya mungkin, kerana PAS menjadikan Islam sebagai agenda utama perjuangan, penyatuan pelbagai latar belakang ahli samada professional atau ulamak secara berterusan untuk membina kekuatan.

Buktinya jelas, kedua-dua jawatan utama dalam PAS tidak ditandingi, untuk pemilihan parti itu pada Muktamar hujung bulan ini.

Menurut Ketua Penerangannya, Ustaz Nasaruddin Hassan, apa pun yang dilabel dan dihina serta ditohmah, pemimpin PAS terus beraksi lincah di pentas politik kerana gerakan itu terbina atas aqidah yang benar dan fikrah yang jelas.

“Budaya politik matang dan sejahtera yang menjadi pendekatan terkini PAS sangat menguja masyarakat terbanyak untuk menilai peranan dan keberadaan PAS ditengah-tengah khalayak.

“Politik matang yang bercirikan keteguhan prinsip perjuangan dan keterbukaan dalam variasi dakwah membuatkan indeks penyertaan ahli baru PAS sangat memberansangkan ini dengan langkah berhati-hati,” ujar beliau dalam satu kenyataan

Justeru itu, beliau mendedahka, sejak Januari tahun ini, PAS telah menerima hampir 20, 000 ahli baru, kerana rakyat Malaysia percaya dan tidak sangsi dengan sesej dan perjuangan yang dibawa PAS.

Pada bulan Januari, seramai 1951 permohonan telah diterima dan diluluskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS.

Bulan Februari 2017, ia meningkat kepada 5394 orang ahli baharu yang telah disahkan oleh mesyuarat bulan tesebut.

“pada Mac seramai 5385 orang dan April seramai 7206 orang, menjadikan jumlah keseluruhannya adalah19,936 orang dan purata ahli yang masuk PAS adalah seramai 4984 orang,” menurutnya beliau yang juga Ahli Parlimen Temerloh.

Oleh yang demikian, PAS terus istiqamah dan melangkah yakin menuju destinasi dan mencapai matlamat perjuangan.

Menang kalah itu urusan yang akan ditetapkan oleh Allah SWT.

“Tanggungjawab kita ialah berjuang segigihnya untuk menjulang Syariat Islam dan izzah ummah sekaligus menjamin keharmonian dan kesejahteraan rakyat berbilang kaum dan agama,” tambah beliau.