Puad Dan Pemimpin Umno Perlu Cermin Diri!

178

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Puad Zarkashi dan semua pemimpin parti itu perlu cermin diri sendiri sebelum menuduh PAS ‘menumpang rumah orang lain’.

Bendahari PAS Pusat, Dato’ Iskandar Abdul Samad berkata, semua kepimpinan Umno perlu sedar, bahawa mereka mengalami kekalahan yang teruk pada Pilihan Raya Umum Ke-14 dan PRU15.

“Nampaknya beliau telah lupa ketika Muafakat Nasional ditubuhkan dalam tahun 2019, Umno baru sahaja kalah,

“Umno telah kehilangan kuasa di peringkat Pusat buat pertama kali dalam sejarah pada pada 2018.” tegasnya dalam satu kenyataan media, hari ini

Sebaliknya kata Iskandar, PAS ketika itu telah dapat mengekalkan kuasa di Kelantan dan berjaya merampas Terengganu.

Justeru jelas beliau, PAS tidak terdesak atau kempunan untuk menjadi kerajaan.

Bahkan beliau nenambah, PAS “memungut” Umno yang berada di dalam keadaan terdesak dan mengalami “trauma”.

“Sesungguhnya PAS hanya mementingkan perpaduan ummah dan bukan jawatan-jawatan di dalam kerajaan.

“Apabila Muafakat Nasional ditubuhkan, Umno telah dijemput untuk bersama tetapi penyertaaan UMNO ini tidak menjadi kenyataan.” ujarnya.

Namun pada hari ini, beliau berkata, walaupun Umno telah berpakat dengan Pakatan Harapan dan membentuk kerajaan, hubungan antara ahli PAS dengan ahli Umno di peringkat akar umbi masih baik, terus terjalin.

“kerana itu kami tahu ramai dari mereka tidak bersetuju dengan keputusan pimpinan mereka untuk membentuk pakatan tersebut dan mengutamakan perpaduan ummah.

“Puad juga perlu sedar dengan realiti siapa yang sebenarnya menumpang kerana UMNO hanya memiliki 26 kerusi Parlimen walhal Pakatan Harapan 82 kerusi.” kata beliau lagi.