PRU15; PAS Terengganu Ucap Terima Kasih Kepada Pengamal Media

94

KUALA TERENGGANU – PAS Negeri Terengganu mengucapkan terima kasih atas sokongan para pengamal media pada pilihan raya umum ke-15 lalu.

Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Negeri, YB Dato’ Haji Yahaya Ali berkata, sumbangan media perdana dan alternatif serta para penggiat media sosial itu menjadi “antara faktor yang menyumbang kepada kepada kemenangan”.

“umumnya saya berpuas hati hati kepada pengamal media kita yang memberi liputan baik, ia sangat penting bahkan saya boleh sebutkan sebagai satu kredit,

“kejayaan PAS negeri Terengganu menyapu bersih kelapan-lapan Kawasan palimen adalah juga sumbangan pihak media,” tegasnya.


Beliau yang juga Yang DiPetua Dewan Undangan Negeri Terengganu berkata demikian ketia mewakli Menteri Besar, merasmikan Malam Apresiasi Media di Duyong Mari Resort semalam.

Oleh itu beliau mengharapkan, media terus memainkan peranan disamping mengikut etika, mematuhi syariat sebagai seorang Islam.

“satu peringatan kepada kita semua termasuk para pengamal media supaya berkata dan menulis dengan baik serta beramal saleh,

“dan berkata kita termasuk dalam kalangan orang-orang Islam,” jelas beliau memetik ayat 33 surah Fussilat daripada al-Quran.

Justeri katanya, pihak media haru mengambil tanggungjawab “berkata benar walaupun kebenaran itu pahit’.

“media harus memainkan peranan semak dan imbang, tulislah dengan benar dan tegurlah kerajaan kita ini kerana kita sentiasa bersikap terbuka,” tambah beliau.