DUNGUN – PAS dan Gagasan Sejahtera menghadapi pilihan raya umum kali ke-14 (PRU14) bersama ratusan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang berjanji, bukan sahaja akan menyokong, bahkan akan bekerja memenagi parti itu.
Pengerusi Lajnah Dakwah, Kebudayaan dan Kesenian PAS Terengganu, Ustaz Azman Shafawi Abd. Rani berkata, NGO ini bukan merupakan parti politik, tetapi mempunyai keahlian di seluruh negara.
“Mereka lebih ramai daripada ahli parti UMNO, PKR dan malah lebih ramai daripada ahli BERSATU,” jelas beliau.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Pelancaran Markas Pilihanraya Unit Peti Undi (UPU) Gong Pasir pada Ahad, 21 Januari.
Menurutnya, hampir 70 peratus orang Melayu menerima dan bersama dengan PAS pada pilihan raya yang akan datang.
Sehubungan itu, dalam Majlis yang sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Cikgu Haji Alias Harun kesal dengan sikap dan tindakan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu.
Beliau berkata, pemimpin parti yang memerintah itu ‘khianat’ kepada rakyat apabilan memindahkan projek yang sepatutnya dilaksanakan di DUN tersebut.
Menurutnya, pemimpin Umno telah mengalihkan projek pembangun dari Rantau Abang ke DUN yang dimenangi BN.
“Pada tahun 2006, (diatas) tanah ‘Pintu Gerbang’ Batu Tiong bersebelahan dengan Tanjung Jara telah pun diperuntukkan untuk pembinaan MRSM yang kelima di negeri Terengganu,
“(tetapi) sekarang 2018 (masih tidak dilaksanakan),“ jelas beliau.
Katanya, walaupun kerajaan Negeri Terengganu mengambil balik tanah seluas tiga hektar itu untuk pembangunan tersebut, namun rakyat hampa.
Sedangkan katanya, penduduk Dungun ternanti-nanti sebuah MRSM bagi meningkatkan peluang pekerjaan dan perniagaan, terutamanya dalam situasi ekonomi yang tidak menentu sekarang.










