MARANG – PAS akan bertanding insyaAllah, seboleh-bolehnya lebih 130 kerusi di seluruh negara pada pilihan raya umum kali ke-14 (PRU14) akan datang, selain ia akan meletakkan calon di semua kawasan di negeri Terengganu.
Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, PAS akan bertanding ‘sendiri’ bersama Gagasan Sejahtera, bukan dengan Pakatan Harapan ataupun Barisan Nasional.
“apa yang penting pilihan raya kali ini, insyaAllah PAS akan bertanding sebanyak-banyaknya kerusi, kerana PAS akan bersendiri bersama dengan Gagasan (sejahtera),
“PAS denga angkatannya (jenteranya) sendiri dan percayalah bagi negeri Terengganu kita akan bertanding semua kawasan calon PAS belaka, tidak ada lagi calon parti lain,


Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan program ‘Countdown 100 Hari PRU14’ di Dewan Tok Guru, Masjid Rusila pada Sabtu 16 Disember.
Soal menang atau kalah, katanya, ia adalaah ‘cerita lain’ kerana apa yang penting setelah bertawakal kepada Allah, ahli-ahli PAS mesti patuh dan taat.
Oleh itu, semua ahli dan penyokong diminta berkempen memperkenal agenda ekonomi ‘Dokuman Hijau PAS’, agenda pentadbiran ‘Wawasan Induk Negara Sejanhtera (WINS) yang telus dan bebas rasuah.
“kita telah berjaya memerintah Kelantan sehingga hari ini……memmerintah Terengganu dan memimpin negeri Kedah selama satu penggal,


Justeru, beliau menyeru hampir 3,000 orang, seluruh jentera Terengganu yang hadir pada program itu, agar bersungguh-sunggu mengajak orang ramai bersama dengan PAS.
“apa yang penting kita menjalankan tugas diperingkat masing-masing, mengajak orang samada melalui ucapan, melalui tulisan, melalui khidmat, melalui suka dan apa sahaja,
“hal-hal yang penting dilakakukan untuk tarik orang supaya dengan dengan kita,” ujar beliau.
Selepas mendapat sokongan yang ramai, katanya, PAS memerlukan sebuah jentera pilihan raya yang mantap dan kuat dari ahli dan penyokong yang mesti melaksanakan kerja dengan bersungguh-sungguh ditempat masing-masing.

























