KUALA NERUS – Pilihan raya umum (PRU) ke 14 bukan perkara yang perlu dibuat main-main kerana ianya adalah tanggungjawab rakyat kepada negara dan agama serta memastikan mendapat pemimpin yang baik, soleh dan beriman.
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS, Ustaz Dato’ Dr Khairuddin Aman Razali berkata, ianya yang boleh menegakkan Islam dan boleh membantu rakyat mengurangkan kos sara hidup mereka.
“Program minyak motor percuma bertujuan merapatkan hubungan diantara pimpinan PAS dengan rakyat,
“Dan ini adalah sebahagian kecil menggambarkan bahawa PAS bersedia beri yang lebih besar sekiranya dapat memerintah negeri Terengganu dan Malaysia,

“serta mengajak rakyat untuk bersama dengan PAS kerana kita mampu berikan dikala kita tiada peruntukan daripada kerajaan,”katanya.
Katanya, belanja yang digunakan untuk program tersebut adalah peruntukan individu bukan daripada pihak kerajaan dan ia merupakan tahun yang ketiga dianjurjkan, bermula pada bulan Ramadan tahun 2016.
Oleh itu, beliau mangajak semua ahli dan penyokong PAS ‘turun’ beramai-ramai bagi meningkatkan semangat kerja pilihan raya.
“Hari penamaan calon (Sabtu, 2 April) merupakan proses permulaan PAS untuk kempen rasmi sebelum masuk pengundian pada 9 Mei nanti,
“Kita (PAS) mengajak semua penyokong turun memberikan semangat untuk program penamaan calom esok serta berkumpul di sebelah stadium Gong Badak kemudian bergerak sehingga ke bangunan penamaan calon,”ujarnya.
Justeru, PAS juga berharap kepada semua pengundi termasuk anak-anak di parantauan, pulang dan keluar mengundi untuk menunaikan kewajipan mereka mengundi PAS khususnya pada 9 Mei nanti.










