PRU-13; Saingan Sengit di Tujuh Negeri

905
http://buletinonline.net/v6/images/stories/berita52/pas.jpg

Jumlah pengundi di Selangor, Johor, Perak, Sabah, Sarawak, Kelantan dan Kedah, bertambah sekurang-kurangnya 150,000 orang lagi dalam setiap negeri, yang kesemuanya merupakan mereka yang mendaftar selepas pilihan raya 2008, lapor The Star, semalam.

Selangor mencatatkan jumlah pengundi baru paling ramai antara tujuh negeri tersebut – dengan kenaikan jumlah pengundi sebanyak 29.06 peratus daripada 1,565,494 orang kepada 2,020,500 orang pada suku ketiga tahun lalu.

Mereka adalah antara lebih 2.4 juta pengundi baru di seluruh Malayisa yang telah berdaftar sejak pilihan raya umum 2008, satu peningkatan yang belum pernah berlaku sebelumnya.

Kadar kenaikan jumlah pengundi tinggi, dijangka pada PRU13 ini mencapai kira-kira 13.3 juta orang.

Jumlah itu dijangka lebih tinggi lagi jika pilihan raya berkenaan diadakan pada akhir Jun ini apabila jumlah mereka yang telah berdaftar pada suku pertama tahun ini disertakan dalam senarai pengundi, jelas beliau.

SPR menjangkakan antara 70 dengan 75 peratus daripada keseluruhan senarai pengundi bakal keluar mengundi pada PRU-13 – sama seperti pada pilihan raya umum sebelumnya.

Jumlah pengundi mencapai 10.9 juta pada pilihan raya umum 2008 dan bertambah kepada 11.1 juta pada 2010, sebelum meningkat sebanyak 700,000 pengundi setiap tahun.

Ini berlaku apabila pihak SPR membenarkan parti politik di Malaysia membantu mendaftarkan pengundi, kata laporan itu.