Protes Sudan Seru Mogok Tolak Kongi Kuasa Dengan Tentera

82

Pergerakan protes Sudan telah mengumumkan mogok dua hari di seluruh negara, menolak inisiatif yang disokong antarabangsa untuk pengaturan perkongsian kuasa dengan tentera berikutan rampasan kuasa bulan lalu.

Persatuan Profesional Sudan (SPA), yang menerajui pemberontakan popular yang membawa kepada penyingkiran pemerintah lama Omar al-Bashir pada 2019 menyatakan, inisiatif pengantaraan yang “mencari penyelesaian baharu” antara tentera dan pemimpin awam akan memburukkan krisis negara itu.

Persatuan itu menggesa mogok dan keingkaran awam pada hari Ahad dan Isnin di bawah slogan “Tiada rundingan, tiada kompromi, tiada perkongsian kuasa”, dan berjanji untuk meneruskan bantahan sehingga kerajaan awam ditubuhkan.

SPA telah menyeru orang awam pada petang Sabtu “untuk mendirikan sekatan di kawasan kejiranan dan di jalan-jalan utama bagi menggalakkan orang ramai, dan juga untuk mengurangkan bilangan orang yang akan pergi bekerja. pada hari Ahad dan Isnin”.

Penunjuk perasaan pro-demokrasi telah mengadakan tunjuk perasaan besar mengecam rampasan kuasa, yang menjejaskan laluan rapuh negara ke arah demokrasi dan disambut dengan bantahan antarabangsa.