KUALA TERENGGANU – Seorang blogger mendakwa tindakan blogger yang pernah didakwa menghina Sultan Johor, Aduka Taruna telah mendapat ‘lampu hijau’ dari webmaster sebuah laman pro-pas dalam projeknya ‘Langgar Hadi’
ikuti tulisan blogger berkenaan;
Pada hari Jumaat (7Jan 2010) semalam Awang sempat singgah sekejap untuk solat Jumaat di Masjid Rusila, Marang.
Sebenarnya, selepas Jumaat itu Awang ada rancangan hendak ke TESDEC ambil adik perempuan yang telah habis belajar, janji sebelum pukul 3.00 petang.
Sebaik sahaja selepas solat sekitar jam 2.15 petang lebih kurangnya, tiba-tiba Awang dengar berlaku ‘kecoh-kecoh’ di luar masjid Rusila dan Awang turut bergegas untuk melihat apa yang berlaku.
Maka, Awang dengarlah cakap-cakap orang yang ramai itu antaranya… “Budak ini memang jahat, dia (suspek) kata dalam blognya hendak ‘langgar’ Tok Guru (Hadi)” ujar seorang warga emas.
(Gambar – pembantu Dato’ Seri Tuan Guru, Encik Wahab menerangkan sesuatu kepada Aduka….)
Baca seterusnya dari sumber>>>



























