Program PAS Adalah Untuk Berdakwah

99

Oleh : Liya Zaliya

KUALA TERENGGANU – Setiap program yang dianjurkan oleh Parti Islam Se-Malaysia(PAS) untuk berdakwah kepada orang ramai untuk mengajak kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran.

Pengerusi Lajnah Pertanian, Keterjaminan Makanan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim(LPK MASPI) Muslimat Malaysia, Zuraida Md Noor berkata program – program yang dilaksanakan juga mesti kaitkan dengan dakwah kepada Islam, .

“Sebarkan Islam melalui peranan kita dalam lajnah ini, ‘food security’.. kena rasa kepentingan lajnah kita dalam dewan muslimat.

“Tanpa makanan akan bawa kesan buruk yang besar kepada negara, Macam mana kita hendak membawa amanah parti dalam membawa isu-isu yang berkait dengan lajnah kita, sebab tidak dapat tidak, isu yang berlaku akan berkait dengan kuasa politik,” ujarnya.

Beliau yang juga Naib Ketua Muslimat PAS Terengganu, berkata demikian di Majlis Retreat dan Rehlah LPK MASPI di Seberang Baroh di sini pada 25 dan 26 Januari.

Sehubungan itu, Ketua Muslimat PAS Terengganu, To’ Puan Zarani Othman berharap lebarkan setiap aktiviti yang dianjurkan PAS ke dalam komuniti yang luas dalam masyarakat.

“Penyokong PAS sikit sahaja. tapi dengan pertolongan Allah buka hati orang- orang yang bukan PAS untuk menyokong PAS, .

” Semoga lebih ramai lagi orang-orang yang menyokong PAS dalam pilihanraya baru ini menjadi Ahli PAS dan masuk PAS, ” katanya di semasa majlis penutup program tersebut.