Program ‘JURRUH’ Latih Remaja Berkelakuan Baik

211

Oleh :Fatimah Din/ Gambar: Aslam Wira

MARANG – Program ‘JURRUH’ anjuran Pemuda PAS dan Ameerah mendidik para remaja menjadi ‘berjurus’, berbudi bahasa dan bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan agama.

Ketua Pemuda PAS DUN Rhu Rendang, Ustaz Ziyad Zakaria berkata, aktiviti yang diatur melalui program tersebut berupaya melahirkan anak-anak muda yang disenangi masyarakat sekeliling.

“jurruh ni asal dialek loghat Terengganu membawa maksud berakhlak mulia, menjaga agama dan memperjuangkan agama.

“Kita semua perlu ada persiapan diri, untuk hadapi ujian di luar sana.” jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Program

Kem Junior DUN Rhu Rendang (JURRUH 4.0), Kampung Gong Nangka dekat sini pada Sabtu 28 Januari.


Menurutnya, Kem JURRUH 4.0 adalah program yang berterusan, dilaksanakan saban tahun demi membentuk akhlak dan sahsiah para remaja dalam DUN itu.

“Seramai hampir 80 orang peserta telah dilatih oleh penggerak sayap-sayap PAS termasuk ditampilkan para fasilitator yang terpilih,” katanya.

Sementara itu dalam ucapan perasmian, Pengerusi Majlis Tindakan DUN (MTD), Hassan Awang Nikmat berkata, iman dan Islam sangat penting dalam kehidupan seseorang Muslim.

” itu yang penting, manakala petunjuk dan hidayah kita perlu minta sokmo.

“Baikilah akhlak dan peribadi kita serta betulkan niat datang ke program kerana Allah, ” ujar beliau.