PRK Bagan Pinang; Pilihanraya Kecil Paling Kotor dan Ganas

758

http://www.buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2009/10/hajihanafiahmat.jpgMenurutnya, PRK Bagan Pinang menjadi pilihanraya paling kotor kerana Barisan Nasional meletakkan calonnya Tan Sri Isa Samad yang telah tercemar dengan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan.

Katanya, walaupun telah diterangkan dan diberitahu kepada seluruh rakyat Bagan Pinang tentang ‘kekotoran’ Isa Samad, namun Isa tetap menang dalam pilihanraya tersebut.

”Sejarah sekali lagi telah membuktikan bahawa berlaku hari yang sangat malang kepada seluruh rakyat samada yang ada di Malaysia (seluruh negara) di Negeri Sembilan atau di Bagan Pinang,

”apabila rakyat di Bagan Pinang sekali lagi memberi undi kepada manusia yang melakukan rasuah, politik wang, yang merompak, yang mencuri harta rakyat,,”tegasnya.

Beliau yang juga Pengarah DUN Chukai berkata demikian ketika menceritakan pengalamannya memimpin kontinjen pilihanraya negeri Terengganu bertugas di Peti Undi Teluk Kemang, sewaktu menyampaikan ceramah di Kampung Gong Limau, Chukai baru-baru ini.

Pada hari mengundi, katanya, hampir 150 orang polis pencegah rusuhan (FRU) menyebabkan orang kampong menjadi takut untuk keluar mengundi.

”Orang kampung bila keluar mengundi (dengan perasaan) sangat takut kerana dia tengok pilihanraya ini penuh dengan keganasan, tetapi siapa yang memulakan keganasan ?,

”Yang memulakan keganasan ialah Umno dan Barisan Nasional !,”tegasnya.

Walau pun demikian, beliau yakin kemenangan Umno-BN di Bagan Pinang tidak akan ‘menjalar’ kepada mana-mana pilihanraya yang akan datang.

Ia adalah kerana menurutnya, kemenangan di Bagan Pinang adalah kemenangan peribadi kepada Tan Sri Isa Samad bukannya kemenangan kepada Umno-BN.

http://www.youtube.com/watch?v=udmDz2jp6t8