Presiden PAS Stabil

108

KUALA TERENGGANU – Mengenai Kondisi semasa Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang kini sedang menjalani rawatan susulan di Institut Jantung Negara (IJN) dalam keadaan stabil.

Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, kesihatan Presiden PAS itu terjejas mungkin disebabkan kepenatan.

“Saya baru bercakap dengan ayahanda Tuan Guru sebentar tadi.

“Keadaan beliau stabil dan perlukan rehat. Mungkin kepenatan kerana jadual yang padat,” ujarnya melalui hantaran di Facebook, miliknya pada pagi Selasa, 16 Februari.

Justeru, Ustaz Khalil memohon doa dari seluruh rakyat Malaysia agar mendokan kesihatan ayahandanya itu agar terus dapat berkhidmat kepada Rakyat Malaysia.

Terdahulu, Presiden PAS yang juga merupakan Ahli Parlimen Marang itu dilaporkan telah dimasukkan ke Hospital Putrajaya kerana mengalami sesak nafas.

Beliau kemudiannya dipindahkan ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk rawatan lanjut.