Presiden PAS, Mengundi Di Sekolah Kebangsaan (SK) Rusila

69

MARANG: Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Rusila pada jam 8.45 pagi.

Beliau datang bersama isteri, Puan Sri Zainab Awang Ngah yang mengundi di saluran satu sekolah berkenaan.

Para pengundi di SK Rusila datang seawal jam 7.30 pagi untuk mengundi yang bermula 8.00 pagi.

Antara yang datang awal ialah pengundi yang menggunakan kerusi roda yang ditolak ahli keluarga. (Foto bawah)

Tuan Guru Abdul Hadi adalah penyandang kerusi Parlimen Marang yang dimenangi pada PRU14 lalu dengan majoriti 21,954 undi.

Beliau memperolehi 53,749 undi menewaskan calon BN, Mohamad Nor Endot (31,795) dan Zarawi Sulong PKR – 5,138 undi).

Beliau ditentang Jasmira Othman daripada Barisan Nasional (BN), Dr Zarawi Sulong (Pejuang) dan Azhar Ab Shukur (Pakatan Harapan).

Menurut statik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), jumlah pengundi di Parlimen Marang pada PRU15 ialah 131,756 orang di mana pengundi biasa seramai 131,001 orang, pengundi awal (743) dan pengundi tidak hadir luar negara (12).