Presiden PAS Hadir Ke Mahkamah, Yakin Keputusan Berpihak Kepada PAS

830

KUALA TERENGGANU – Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang hadir sebagai saksi pada perbicaraan Petisyen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) Parlimen Marang di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada Ahad.

Beliau yakin keputusan perbicaraan akan berihak kepada PAS kerana menurutnya, kes tersebut tidak melanggar kesalahan pilihan raya.

“Alhamdulillah, tidak ada apa-apa, perbicaraan berlangsung macam biasa, kita jawab soalan yang ditanya peguam dia dan peguam kita,

“In shaa Allah (akan berjaya) kerana tidak melibatkan kesalahan pilihan raya, ia lebih kepada ‘perang saraf’ Umno, kerana dia tak menang dalam pilihan raya, tapi nak menang melalui mahkamah,” ujar beliau.

Ustaz Hadi berkata demikian ketika menjawa soalan wartawan sebaik keluar dari bangunan mahkamah pada hari ini.

Menurut Peguam Wan Rohimi Wan Daud, Ustaz Hadi hadi memberi keterangan di hadapan Hakim Pilihan Raya, Datuk Hassan Abdul Ghani.

Jelas Wan Rohimi, selain Abdul Hadi, dua saksi lain yang turut dipanggil untuk memberi keterangan ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung, Mohd Nor Hamzah dan ADUN Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong.

Sementara itu, peguam yang mewakili Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pihak responden sudah selesai memanggil tiga saksi.

“Namun, ketika ini pihak pempestiyen belum lagi selesai memanggil saksi bagi pihak mereka.

“Mereka kemukakan saksi, kemudian kita akan berhujah,” katanya.

Pada Januari lalu, Umno Terengganu memfailkan petisyen untuk membatalkan keputusan PRU-15 bagi Parlimen Kuala Terengganu, Marang dan Kemaman.