KUALA NERUS – Politik berseteru dan berbalah serta tidak bertegur sapa tidak menyelesaikan masalah dan tidak membawa negeri keadaan yang lebih baik.
Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kerajaan baharu pimpinan PAS Terengganu mahu membawa rakyat kepada keadaan yang lebih baik samaada pembangunan dan kesejahteraan serta hubungan diantara masyarakat.
“Supaya kita dapat hidup dalam keadaan bahagia, senang, selamat, maju, berkat dan sejahtera,


Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis sambutan Hari Raya Peringkat Daerah Kuala Nerus di Stadium Tertutup pada hari Selasa,26 Jun.
Katanya, melaksanakan kerja-kerja membangunkan negeri bukan sepenuhnya kerja kerajaan tetapi adalah tanggungjawab semua kerana yang memilih kerajaan adalah rakyat.


“Menteri Besar, Exco kerajaan, wakil rakyat tidak boleh buat apa –apa tanpa kerjasama dan restu daripada rakyat,” ujarnya.
Beliau menekankan kerajaan negeri akan program sumbang saran dan perbincangan supaya maklumat dapat disampaikan daripada ‘bawah ke atas’.
Kata beliau, cadangan daripada orang bawahan akan membentuk suasana harmoni kepada negeri dan negara.































