Polis (Operator) Pemandu Prebet Sapu

1636

http://www.buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2009/10/prebetsapu.jpgmengatasi masalah kereta sapu yang beroperasi di bandar raya ini.

Lebih mendukacitakan kegiatan mencuri penumpang itu berlaku di depan `penguat kuasa’ yang mempunyai sebuah pondok dibina berdekatan dengan perhentian bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) yang menjadi hab pengangkutan awam di bandar raya ini.

Pemandu teksi dari Persatuan Kebajikan Terengganu (Marang), Hassan Mutallib, 53, berkata masalah itu sudah berlarutan sejak lebih 10 tahun lalu, malah mereka sudah muak naik turun Lembaga Pelesenan Kenderaan Persekutuan (LPKP) negeri dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“Kami sudah penat turun naik jabatan, tetapi sampai sekarang tiada sebarang tindakan diambil, malah jumlah kereta sapu yang beroperasi di sini semakin bertambah,” katanya yang kesal dengan pihak berkuasa di negeri ini kerana tiada tempat lagi untuk mengadu. (Gambar – Prebet Sapu sedang beroperasi)

Pemandu teksi, Kamal Ariffin, 50, pula berkata, apa yang lebih memalukan, ada di kalangan pengusaha kereta sapu haram itu terdiri daripada anggota pasukan keselamatan yang mahu mencari pendapatan sampingan, sedangkan sebagai pihak berkuasa mereka memikul amanah membanteras perkara yang melanggar undang-undang.

“Saya sangat kecewa kerana ada anggota polis sendiri yang beroperasi secara haram. Kita mengharapkan mereka membela nasib kita, tetapi apa yang berlaku sebaliknya, katanya.

“Yang lebih menghairankan, penguat kuasa JPJ hanya memandang dari jauh apabila kereta sapu itu mengambil penumpang, bukan hendak menyaman mereka atau kenakan kompaun kerana beroperasi tanpa permit,” katanya.

Che Mohd Nor, 35 yang sudah membawa teksi lebih lima tahun berkata, operasi kereta sapu menyekat mata pencarian pemandu teksi kerana apabila ada penumpang yang menuju ke perhentian teksi, mereka akan memanggil dan menarik beg yang dibawa penumpang.

“Kebiasaannya, penumpang tiada pilihan selain mengikut mereka dan ini membuatkan kami naik marah dengan tindakan kurang ajar kereta sapu berkenaan yang sesuka hati menarik pelanggan dengan cara begitu.

“Saya hairan kerana dengan status Kuala Terengganu sebagai bandar raya, kereta sapu beroperasi secara haram ini sepatutnya sudah dihapuskan, sejajar dengan tahap pembangunan negeri ini yang makin pesat,” katanya lagi.

Bagi Ahmad Zaki Alias, 43, pula yang menjadikan teksi sebagai mata pencarian utama untuk menyara keluarga, dia terpaksa membuat kerja sampingan lain kerana tidak cukup wang untuk menampung perbelanjaan keluarga termasuk persekolahan anak seramai lapan orang.

“Biasanya saya akan keluar selepas solat Subuh, tetapi dari pagi tadi saya hanya mendapat RM6.50 saja. Macam mana saya nak beli susu untuk anak yang masih kecil. Sepatutnya, MBKT membina papan tanda “Di Larang Menaiki Kereta Prebet Sapu” supaya rakyat membuka mata dan membanteras kegiatan haram ini,” katanya. – BHarian Online