PKPD; Warga Kampung Tajin Tak Perlu Risau

477

KUALA TERENGGANU – Penduduk Kampung Tajin tidak perlu risau tentang makanan dan minuman mereka ketika menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) kerana bekalan keperluan asasi akan dihantar terus ke runah masing-masing.

Menurut Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) PAS Kuala Berang, Dr Mamad Putih, laluan utama Kampung tersebut masih boleh digunakan kepada kenderaan Jabatan dan Agensi Kerajaan untuk mengagihkan bantuan.

“Saya berkesempatan turun memantau suasana Kampung Tajin semalam sebelum PKPD dilaksanakan,

“Kita semua maklum bahawa PKPD di Kampung Tajin bermula hari ini, 12 hingga 25 Jun 2021. Alhamdulillah, PKPD mukim Kuala Berang pula sudah ditamatkan semalam,” ujarnya menerusi laman sosial beliau.

Beliau yang juga ADUN Kuala Berang berkata, berikutan Perintah bagi mengekang penularan virus maut Covid-19, sekatan jalan raya (SJR) dibuat di hadapan Surau Hijau Kampung Telaga dan berhambiran Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu (SAHUT) serta di hadapan gelanggang Futsal Kampung Kuala Akob.

“Untuk makluman, SJR ini bertujuan mengawal dan menyekat pergerakan keluar dan masuk ke kawasan kampung Tajin.

“Oleh itu, pemeriksaan di setiap SJR turut diperketat dengan tapisan individu dibuat lebih teliti untuk memastikan hanya individu yang dibenarkan sahaja boleh berada di jalan raya,” jelasnya.

Katanya, beliau dimaklumkan oleh Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superitendan Mohd Adli Mat Daud, seramai 70 anggota Polis diraja Malaysia (PDRM), dibantu oleh angkatan Tentera Malaysia (ATM), angkatan Pertahanan Malaysia (APM) dan RELA terlibat dalam tugasan itu

“PKPD Kampung Tajin membabitkan seramai 1,403 penduduk dan 270 kediaman, meliputi kawasan seluas 10 kilometer persegi dari Pekan Kuala Berang.

” InsyaAllah kita pakat jaga kita dan kita hadapi PKPD bersama dengan sebaiknya. Kami akan terus memantau secara dekat dan rapi dalam tempoh dua minggu ini,” tambah beliau.