PITAS 2030 Pacu Kemajuan Terengganu

133

Oleh: Ahmad Faizuddin bin Ismail

HULU TERENGGANU – Pelan Induk Terengganu Sejahtera 2030 (PITAS2030) adalah rancangan jangka panjang kerajaan PAS bagi memacu Darul Iman, setanding dengan negeri maju yang lain.

Timbalan Pesuruhjaya III, PAS Negeri Terengganu, YB Dr Alias Razak berkata, ia mermempunyai dua fasa iaitu pelan jangka pendek dan panjang.

“Semasa Barisan Nasional (BN) memerintah Terengganu, kita adalah antara negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan, maka saya dan rakan-rakan pimpinan PAS negeri berbincang tentang hala tuju negeri ini untuk dibawa.

“Alhamdulillah pilihanraya ke-14 kita mencapai kemenangan, maka kita kemukakan PITAS 2030 ini,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam ceramah dan dialog sempena empat tahun pemerintahan PAS Terengganu di Kompleks An-Nur Kampung Pauh, Telemong, pada Jumaat, 15 Julai.


Turut hadir ialah Yang Dipertua PAS Kawasan Hulu Terengganu, YB Ustaz Maliaman Kassim, Bendahari PAS Kawasan Hulu Terengganu, YB Dr Mamad Puteh, Setiausaha PAS Kawasan Hulu Terengganu, YB Hilmi Dato’ Harun dan Ketua Penerangan PAS Kawasan Hulu Terengganu, Mohd Safari Abu.

Menurutnya, PITAS 2030 adalah untuk jangka panjang dan pelaksanaan 20 manifesto sebagai pelan jangka pendek.

“Boleh dikatakan kesemua 20 manifesto telah berjaya dilaksanakan samaada mencapai kejayaan 100 peratus ataupun yang dalam proses.

“Maknanya kita menjanjikan perkara yang kita yakin mampu dapat dilaksanakan dan bukan khayalan,” ujarnya.

Dr. Alias menambah, ini menunjukkan PAS sudah bersedia untuk terus memerintah negeri Terengganu.

“Dengan adanya ke dua-dua pelan ini dan jika ditanya tentang pembangunan ianya terdapat dalam PITAS 2030 ini.

“Cuma belum sampai masanya lagi,” kata beliau.