PH Masuk Perangkap Najib Dan Umno

4121

Oleh : Suhaimi Taib

Teori percaturan politik mudah ialah Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyidin Yassin, masuk Pakatan Harapan (PH) tujuannya untuk menghancurkan gabungan longgar pembangkang itu.

Mereka sebenarnya adalah proxy Umno, berhasrat untuk mempastikan Barisan Nasional (BN) terus berkuasa selepas Pilihanraya Umum ke 14 (PRU14) nanti.

PAS sahaja terselamat dalam permainan politik Umno ini manakala parti-parti pembangkang lain, mengatur langkah sumbang menerima kedua-dua proxy parti itu untuk menghadapi BN.

Buktinya sampai sekarang Datuk Seri Mohd. Najib Razak, tidak bertindak secara agresif terhadap bekas kedua-dua tokoh Umno itu untuk mematikan kerier politik mereka seperti Tun Mahathir lakukan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan dakwaan kes lewat.

Bukan tidak ada kes yang boleh dibawa ke mahkamah tetapi Najib tidak berbuat demikian.

Ertinya, keberadaan Muhyidin dan Mahathir dalam PH menguntungkan Najib dan Umno.

Yang ruginya, puak-puak yang gila nak jadi Perdana Menteri (PM) dan Timbalan Perdana Menteri (TPM) ketika mana, PRU14 belum tiba lagi, tidak tahu lagi siapa yang jadi Ahli Parlimen dan siapa tidak.

Najib mempunyai strategi membunuh kerier politik seseorang dalam diam. Mungkin ini terjadi kepada Tan Sri Isa Samad, bekas Pengerusi Felda, yang dipercayai menyimpan beberapa bukti skendal seks Najib.

Watak ini berbeza dengan Dr. Mahathir yang suka mencatas musuh politik secara terang-terangan sebagaimana berlaku kepada Anwar Ibrahim, Tan Sri Musa Hitam dan Arwah Tun Ghafar Baba.

Umno tidak perlu menyerang PAS, dengan isu panas seperti kafir mengkafir, cukuplah dengan Dr. Mahathir berbuat demikian.

Apabila demikian tenaga Najib dan Umno tidak dihabiskan untuk menyerang PAS. Mahathir dan pemujanya, akan memainkan peranan ini.

Saya peringatkan kepada mana-mana parti pembangkang, jangan buang masa dengan proxy Umno ini.

Kamu sudah masuk perangkap Najib dan Umno, kamu akan rasai hasil perancangan politik ini.

Tunggu dan lihat apa yang akan terjadi selepas PRU14 nanti.