Petanilah Teraniaya…..

1435

Pagi ini kita berada di kawasan sawah padi di Kampung (Kg.) Gong Pasir Kerandagn dalam Dun Jabi. Dimana kita dapat melihat bagaimana padi yang mula menguning dan sebahagiannya mula boleh dituai.

Tetapi walaupun padi yang kita dapat melihat kuning dalam keadaan cukup masak dan cukup baik. Ada isu-isu yang membelenggu di kalangan pesawah padi berkaitan terutamanya kadar potongan padi yang dikira terlalu tinggi. Pagi ini kita bersama orang orang pesawah padi dari Kampung Gong Pasir Kerandan.

Saudara Muhamad Nasir yang mesra dipanggil Abang Di, dan saudara Bidin yang mesra dipanggil Abang Din. Dua-dua orang ni orang yang ekspert dalam bab padi daripada Kg. Gong Pasir dan dari Kg. Tok Dap diantara kawasan yang dikira jelapan padi didalam Dun Japi. Mula-mula nak tanya Abang Din berkaitan dengan kadar potongan padi yag menjadi buah mulut di kedai kopi di kalangan pesawah padi.

Jadi padi ni, saya tidak puas hatilah dengan keadaan padi yang comel, tidak sepatutnya dipotong 2/3 padi ni. Sebab padi terlalu comellah. Maknanya kalau dipotong 23%, kalau satu tan dibawa ke kilang Bernas, 230 kilo hilang. Tinggalnya 730 kilo sahaja. satu kadar yang sangat tinggilah.

Lepas tu dari segi upah mesin, upah pengangkutan dia kira dengan kadar belum potong. Banyak koslah tidak sepatutnya potongan 23 tu, satu tan dengan 230. Tambah lagi petani kena tanggung kos-kos lain. Baja, racun. Lepas tu, sebahagian daripada petani kita dapat khabar, buat padi ini atas tanah sewa. Maknanya bukan atas tanah sendiri. Banyak atas tanah sewa.

Biasanya berapa kadar sewa untuk seeker tanah sekali buat?

Ada 400, ada 500, ada 450. Kadang-kadang bagi dua dengan tuan tanah. Bagi dua tidak lumayan.
Kita dengar orang kedai kopi kata kalau setakat lima ekar padi tu, sekadar cukup-cukup untuk tanggung keluarga?
Ya, cukup-cukup sahaja. Sebab padi ni dikatakan enam bulan sekali boleh hasil. Menuai padi tu memang cepat, tapi tanah kosong dua kali dalam setahun.

Kalau masa mesin tu, berlaku kemarau, kering. Tambah dengan padi yang molek. Tetap 23 juga?
Ya, tetap 23. Sepatutnya faktor cuaca diambil kira. Kalau musim ada hujan, lagi banyak lagi potong tinggi.
Kilang-kilang swasta pun, dia terpaksa ikut kadar potongan oleh Bernas. Kalau potongan kalau boleh, nak rendah lagilah. Sebab harga padi pun tidak tinggi. Kalau harga padi rendah, potongan tinggi. Itu yang kita tidak puas hati.

Abang Di, macam mana rasa suasana yag dihadapi pesawah hari ini?

Memang tak puas hati. Sebab padi kalau setara ni, kalau potong 2/3, tiada bahagian tuan punya. Kalau dia naik harga padi, dia naik bahagian memotong. Jadi sama je. Yang teraniaya ialah pesawah. Tetapi pesawah terpaksa buat padi. Sebab tiada punca pendapatan lain. Sekurang-kurangnya 20 potongan. Sampai 40 pun ada. Baru lepas ni, 50. Nak makan apa? Yang Bernas ni, yang kaya makin kaya, yang petanilah teraniaya.

Dr Azman Ibrahim