Petak Niaga Pasar Kedai Buloh,Telah Lama di Agihkan

859

http://buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2009/12/UstMNor.jpgKegagalan kontraktor yang dilantik oleh kerajaan negeri menyebabkan pembinaannya dilanjutkan hingga Januari 2010.


Oleh kerana kelewatan itu, banyak masalah yang dihadapi oleh peniaga dan penduduk sekitar termasuk banjir kilat sewaktu musim tengkujuh memuncak baru-baru ini.


Pembinaan pasar terbabit yang dikesan berada diparas lebih tinggi dari muka jalan serta sistem perparitan yang tidak sempurna adalah faktor yang menyumbang kepada banjir kilat yang telah berlaku.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Yahya Khatib Mohamad mengakui kelewatan menyiapkan Pasar Kedai Buloh tersebut kerana kenaikkan harga bahan binaan.

“Sebenarnya, Pasar Kedai Buluh ini ada sedikit permasalahan yang melibatkan masalah ‘barang’ (bahan binaan).

“Kerajaan telah kenal pasti permasalahan tersebut dan telah mengambil tindakan dengan lanjutan masa kepada kontraktor tersebut.

“Bermula tarikh kelewatan berlaku hingga sekarang dan kita jangka dapat beroperasi Januari 2010. Sehingga November 2009 ini sebanyak 92 peratus siap,” ujarnya menjawab soalan dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri.

Yahya berkata demikian ketika menjawab soalan yang dikemukakanoleh ADUN Bukit Payong, Ustaz Mohd Nor Hamzah pada Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu Ke-12 (Bajet 2010) di Wisma Darul Iman, 22 Disember lalu.

Sehubungan itu, Ustaz Mohd Nor turut membangkitkan persoalan pengagihan lot-lot perniagaan pasar berkenaan.

“Dikhabarkan oleh peniaga-peniaga yang sedang berniaga di pasar lama bahawa blok-blok atau petak-petak perniagaan di pasar baru tersebut telah dibahagikan.

“Inilah yang diberitahu oleh Pengerusi JKKK setempat dan bekas Exco yang lepas yang pernah jadi wakil rakyat Bukit Payong,” ujarnya ketika mengemukakan soala tamnbahan.

Namun begitu, Yahya menafikan laporan pengagihan lot-lot tersebut kerana pasar berkenaan belum lagi siap sepenuhnya.

Katanya, jaminan pengagihan secara adil kepada para peniaga lama serta permohonan secara telus.