Peserta Berminat, Berkemahiran, Berkesungguhan Menjadi Pilihan Utama

2695
Ketua Editor Harakah Wan Nordin Wan Yaacob menziarahi Dr Azman Ibrahim di pejabatnya di Pekan, Jabi.

KUALA TERENGGANU – Jawatankuasa pertanian dan Industri Asas Tani Terengganu akan memilih para peserta yang benar-benar berminat, berkemahiran dan ada kesungguhan, dalam mana-mana projek yang akan dilaksanakan.

Pengerusinya YB Dr Azman Ibrahim berkata, ia adalah antara kunci utama kejayaan sesuatu projek atau program asas tani.

“Ada bidang seperti pembenihan ikan kerapu hibrid sangat teknikal dari induk kerapu yang menghasilkan telur, penetasan, nak hasilkan plankton untuk makanan anak kerapu sehingga pembesaran jadi size beberapa cm,

“penuh dengan aspek teknikal dan kepakaran. Bukan semua orang boleh cuba-cuba nak buat,

“begitu juga penanaman musang king kaedah baru kerana pokok durian sekarang perlu diasuh, bukan hanya tanam,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tentang tinjauan beliau kepada beberapa projek pertanian  dan penternakan berkelompok ketika dihubungi hari ini  Jumaat, 22 Jun.

Katanya, beliau dapati antara punca utama projek tak begitu berjaya ialah kerana pemilihan peserta yang tak tepat.

“Bagi urusan kepada yang bukan ahli tidak akan menghasilkan natijah yang baik,

“dan orang kita suka terima bantuan tapi ramai yang buat kerja suka-suka,minda ini kita nak ubah kalau kita nak jadikan Terengganu ‘hub pengeluaran makanan’,” tambah beliau.