Pesan Ustaz Minghat

211

ALOR GAJAH – Bekas Calon yang pernah lima kali bertanding dalam pilihanraya, Ustaz Minghat Mamut (Gambar) telah dikunjungi oleh Calon PAS-Perikatan Nasional, Ja’afar Othman untuk mendengar nasihat dan pesanan daripada beliau.

Beliau yang merupakan ‘As-Sabiqun’ ialah antara orang sangat berpengalaman dan disegani oleh seluruh masyarakat Durian Tunggal.

Beliau merupakan bekas guru telah menyampaikan dua pesanan untuk calon,

” jika kita tolong agama Allah maka Allah akan bantu kita dan yang kedua jangan pernah takut dengan cabaran dan ujian yang hadir, jalan terus dan kedepan.” Ujar Minghat

Menurut beliau, sewaktu kali pertama dipilih oleh parti untuk dijadikan calon, saat itu, ” perasaan saya sangat bercampur baur dan menolak dengan sesungguh hati, tetapi setelah difikirkan dan wala dengan keputusan jemaah saya terima dengan mengharapkan bantuan Allah Taala”.

Lantas beliau terus balik, kata beliau, untuk memberitahu kepada isterinya dan nekad untuk menghantar surat perletakkancjawatan.

“Letak jawatan sebagai seorang guru serta merta dan terus bergerak ke Pejabat PAS untuk menyiapkan keperluan untuk bersedia menjadi calon.” katanya