Peruntukan RM30 Juta; Jalan Kampung Tidak Dibaiki?

2707

SETIU – Rakyat terkilan kerana peruntukan yang bernilai RM30 juta yang diumumkan oleh Menteri Besar pada tahun 2016 lalu, tidak digunakan untuk memperbaiki jalan-jalan kampung yang rosak.

Sebaliknya, kata seorang bekas Bekas pemimpin Belia, Ahmad Sori Zakaria, hanya kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir sahaja dapat dilihat manfaatnya

“Jadi yang saya tahu……jalan sekitar kawasan menteri Besar Terengganu Ahmad Razif, yang saya tengok jalan hak ada semua bertar walaupun di sekitar itu tiada rumah pun,

“jalan comel dan tar besar….kenapa jalan kawasan sini tak seperti Kawasan Ahamad Razif….rakyat kena fikir kenapa jadi begini,” soalnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui mengulas usahanya, memberitahu orang ramai dengan menularkan perkara tersebut mendapat kritikan terutamanya oleh pemimpin Umno tempatan.

“saya terkilan ramai yang komen selepas perkara selepas saya viralkan berkenaan jalan kampung yang berdekatan dengan Sekolah Kebangsaan Anak Ikan dan perkampungan Kampung Tok Dor (Jabi),

“banyak komen dari orang Umno….mungkin mereka ada kepentingan politik kerana (mereka) mengatakan saya menyebarkan (isu jalan itu) sebab ada kepentingan peribadi dan juga kepentingan politik,

“saya sanggah….lah sebab jalan-jalan itu semua ada laha untuk kepentingan orang ramai, termasuk orang Umno sendiri,” katanya kesal.

Tegas beliau jalan tersebut yang dibina sejak empat tahun lalu oleh JKKK tidak dibaik pulih dan tidak ‘bertar’ sehingga sekarang.

Bahkan katanya, beliau mengeluarkan duit poketnya sendiri untuk menambun pasir lopak dengan pasir.

“(batu) kisaran hak ada sekarang sampai tenggelam masuk dalam tanah dan tengoklah hari ini jalan masih berselut,

“apabila lecah (becak) saya tambun pasir dan kalau saya tak buat mungkin saya rasa jadi kolam ikan….barangkali,” katanya.

Sehubungan itu, kata beliau, jumlah kampung dalam DUN Jabi adalah sebanyak 28 buah sahaja.

Sekiranya agihan RM30 juta dubuat dengan baik, tidak ada lagi jalan-jalan kampung yang rosak, kata beliau.

“sebagai rakyat ‘marhaen’ kita nak tahu soal peruntukan….kalau nak kkira dalam DUN Jabi ada 28 kampung dan kalau betul-betul digunakan duit itu,

“satu kampung akan dapat RM1 juta….jadi saya personal…..ke mana duit(RM30 juta) itu pergi?” soal beliau lagi.

Berita berkait;

Agihkan RM30 Juta Satu DUN, Telus Dan Terus kepada Rakyat

Mana RM30 juta?